Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gempa Bumi : Ramai Mangsa Patah Kaki, Pendarahan Otak & Tidak Bernyawa

Seorang doktor warga Malaysia, Syazwan Abu Bakar yang sedang bertugas di sebuah hospital di bandar Gaziantep, Turkiye berkongsi keadaan semasa mengenai mangsa yang dihantar ke hospital akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 magnitud.

Syazwan berkata, keadaan mangsa selepas berjaya dibawa keluar daripada timbunan bangunan adalah sangat memilukan.

“Ramai mangsa yang datang ke hospital selepas dibawa keluar daripada timbunan bangunan dalam keadaan kaki patah, ada yang mengalami pendarahan otak dan ada juga yang sampai dalam keadaan tidak bernyawa,”ceritanya.

Keluar dari bangunan hospital, selamatkan diri

Ceritanya lagi, dia dan petugas lain terpaksa keluar dari hospital untuk menyelamatkan diri setiap kali berlakunya gempa di mana ia turut menyebabkan bangunan berkenaan mengalami keretakan.

Selepas semuanya kembali tenang, mereka akan memasuki ke dalam bangunan hospital untuk melihat keadaan pesakit.

“Ketika gempa pertama berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi saya on-call dan sedang berehat. Saya lari keluar dan kemudian saya naik semula untuk tengok pesakit.
“Ketika gempa kedua berlaku pada tengah hari saya lari keluar bangunan sekali lagi dan selepas itu bertugas di unit kecemasan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin malam (waktu Malaysia).

Sibuk rawat mangsa, Dr. Syazwan tak tahu keadaan rakyat Malaysia yang lain…

Dalam masa sama, doktor am berusia 34 tahun itu berkata, beliau mengenali lima lagi rakyat Malaysia yang menetap di Gaziantep, dua daripada mereka bertugas sebagai doktor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau bagaimanapun, tidak mengetahui akan keadaan mereka berikutan sibuk merawat mangsa gempa bumi yang cedera.

“Pagi tadi (Isnin) ada orang kedutaan telefon saya tetapi ketika itu saya agak sibuk, saya cuma beri nombor telefon dua lagi rakyat Malaysia di sini,” katanya,”katanya.

Disoal mengenai keadaan diri dan ahli keluarganya, Dr. Syazwan yang tinggal seorang diri memberitahu dia tidak dapat pulang ke rumah berikutan bangunan berkenan juga mengalami keretakan dan berkemungkinan akan pindah ke kawasan yang lebih selamat.

Tambah Dr. Syazwan, keluarganya pula menetap di daerah lain sejauh tiga jam perjalanan dari Gaziantep dan berkemungkinan mereka akan berpindah juga.

“Rumah keluarga saya di sana juga retak jadi mereka akan berpindah ke kawasan di sebelah barat yang lebih selamat,” katanya.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 lagi cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada awal pagi Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang berpusat di daerah Pazarcik telah menggegarkan wilayah Kahramanmaras sehingga menjejaskan beberapa wilayah lain.

Antara wilayah terjejas termasuklah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Selepas itu, ia diikuti dengan gempa bumi bermagnitud 7.6 pada 13.24 tengah hari yang turut berpusat di Kahramanmaras.

Sumber: Bernama (Rosmalis Anuar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd