Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gambar Dating Di Jepun Tersebar, Park Seo Joon Didakwa Bercinta Dengan Lauren Tsai?

Baru-baru ini, heboh di media sosial apabila netizen mengesyaki bintang Korea Selatan iaitu Park Seo Joon sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon terkenal Hollywood, Lauren Tsai.

Memetik laporan artikel Koreaboo, netizen membuat dakwaan berkenaan berpunca daripada gambar Park Seo Joon yang tersebar ketika bercuti di Jepun.

Foto: X

“Hari ini saya terserempak dengan Park Seo Joon. Kami seorang sahaja yang perasan, dan kakitangan memberitahu kami untuk merahsiakannya.
“Juga, pagi ini, secara kebetulan, saya menonton “Kill Me Heal Me” sebelum meninggalkan rumah, dan rasanya seperti takdir,” tulis seorang sumber di aplikasi X.

Dalam pada itu, sekeping foto Seo Joon yang kelihatan sedang berjalan di hadapan seorang wanita dengan gaya bersahaja sudah cukup untuk membuatkan netizen mendakwa individu tersebut adalah Lauren.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Koreaboo

Walau bagaimanapun, agensi bagi kedua-dua pelakon masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menolak atau mengiyakan khabar angin ini.

Foto: Koreaboo

Sekadar makluman, Lauren Tsai adalah seorang artis, model, dan pelakon Amerika. Dia terkenal di kalangan penonton kerana penampilannya dalam siri Fuji TV dan Netflix Terrace House: Aloha State.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia membuat debut lakonannya dalam musim ketiga dan terakhir Legion, sebuah siri televisyen berdasarkan watak Marvel Comics dengan nama yang sama.

Foto: Koreaboo

Manakala, Park Yong Kyu, atau lebih dikenali dengan nama pentas Park Seo Joon terkenal dengan watak utamanya dalam siri televisyen Kill Me, Heal Me, She Was Pretty, Hwarang: The Poet Warrior Youth, Fight for My Way, What’s Wrong with Secretary Kim, Itaewon Class dan Gyeongseong Creature.

Sumber: Koreaboo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd