Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Foto Peribadi Tersebar, Persatuan Peminat Tuntut Agensi Lindungi Jennie BP

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, gambar-gambar peribadi milik Jennie Blackpink dilihat telah tersebar di media sosial.

Ada diantaranya gambar dia dan salah seorang anggota kumpulan BTS, V turut menjadi bualan dan seakan mengiyakan lagi khabar angin bahawa mereka sememangnya pasangan kekasih.

Privasi mulai diganggu

Walau bagaimanapun, peminat Jennie lebih risaukan akan keselamatan penyanyi kesayangan mereka itu memandangkan privasinya mulai diganggu individu tidak bertanggungjawab.

Peminat minta agensi bertindak

Menerusi laporan dari Kimchi Daily, meskipun perkara tersebut serius, namun kedua-dua agensi yang terlibat iaitu YG Entertainment dan Big Hit Music dilihat hanya mendiamkan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu,  persatuan peminat terbesar Jennie seperti Jennie DC Gallery, CHINA JENNIE BAR dan beberapa lagi telah menubuhkan ‘Jennie Global Fan Union’ dan mengeluarkan kenyataan meminta YG Entertainment segera memberi maklum balas rasmi mengenai hal tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sejak beberapa minggu ini, kami sering berkomunikasi betapa seriusnya ini kepada YG Entertainment dan wakil berkaitan tentang perlindungan peribadi buat Jennie, namun permintaan peminat menemui kegagalan.
Tak pasti apa niat individu tersebut, namun foto mula tersebar dan ramai yang mengambilnya secara buruk. Ini ialah pelanggaran privasi dan isu fitnah yang perlu diberikan respon secara undang-undang oleh YG Entertainment.
Kerana kami tahu mengenai isu ini yang sensitif, agak sukar untuk menjangkakan tindakan pantas dan keputusan serta-merta. Pun begitu, pilihan YG Entertainment untuk kekal diam agak sukar untuk difahami. Kami hanya mahukan mereka untuk memberikan respon rasmi untuk menjelaskan posisi syarikat untuk melindungi artis mereka. Kami meminta notis tindakan undang-undang rasmi buat sesiapa yang menggunakan isu ini untuk menyebabkan kerosakan buat Jennie, menyebarkan berita palsu dan fitnah.
Adalah tugas lahiriah syarikat untuk melindungi artis. Kami berharap agar anda menerima permintaan peminat kali ini.”

Melalui kenyataan media itu, mereka merasakan kejadian tersebut telah menimbulkan khabar angin tidak berasas dan boleh menjejaskan kehidupan seharian Jennie serta individu di sekelilingnya.

Walaupun setakat ini pihak persatuan peminat belum mengetahui siapa dalang disebalik perkara tersebut berlaku, namun mereka dengan tegas menggesa agar agensi segera bertindak bagi melindungi penyanyi terbabit.

Buat masa ini, Blackpink baru sahaja meriliskan album penuh kedua mereka iaitu ‘BORN PINK’.

Sumber: Kimchi Daily , Twitter @JennieDCGallery

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd