Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Raih Sambutan Meriah, Filem Citra Apartment Mula Ditayangkan 3 Julai Ini

Buat julung kalinya, anak kepada penerbit terkenal David Teo iaitu Jason Teo telah mengeluarkan karya pertamanya, filem Citra Apartment, sebuah filem bergenre Timeloop yang buat penonton tak senang duduk.

Ujar Jason, beliau menghasilkan filem ini kerana tertarik dengan genre Timeloop disamping melihat tidak ramai produser di Malaysia yang memilih genre sama.

Filem Citra Apartment bakal ditayangkan bermula esok

Filem Citra Apartment

Pada masa yang sama, Jason turut memberi suntikan horror ke dalam filem ini bagi menggerakkan kisah Citra Apartment disamping membuatkannya lebih menarik.

“Saya tak nampak produser lain di Malaysia yang mengangkat genre ini jadi saya mengambil peluang untuk menghasilkan sebuah filem bergenrekan Timeloop.
“Genre ini juga tidak boleh bergerak dengan sendiri jadi saya suntikkan genre Horror untuk menjadikan filem ini lebih menarik,” katanya.

Walaupun Citra Apartment merupakan filem pertama beliau, namun dengan sokongan dan panduan daripada David, Jason yakin bahawa filem ini mampu membuatkannya memasuki industri filem tanah air dengan langkah kanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lelaki Nyaris Maut, Ditembak Ketika Ambil Anak Pulang Sekolah

Sedikit informasi, filem Citra Apartment mengisahkan tentang tiga orang rakan yang terperangkap di dalam sebuah apartment dan pelbagai kejadian aneh serta menakutkan menimpa mereka semasa sesi fotografi.

Tiga sahabat itu mendapati mereka terperangkap dalam putaran waktu yang menakutkan, yang memaksa mereka mengalami kematian berulang kali.

Ayuh ramai-ramai menonton filem Citra Apartment yang akan mula ditayangkan pada 3 Julai di pawagam berdekatan anda!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu berbeza untuk membeli lebih 100 liter petrol di sebuah stesen minyak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd