Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

YWM Pilih Teluk Intan Sebagai Perintis Wakaf Berasaskan Warisan

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menjadikan Teluk Intan sebagai lokasi perintis bagi memperkenalkan produk wakaf berasaskan warisan negara, sekali gus mengangkat peranan wakaf bukan sekadar dari sudut ibadah dan ekonomi, tetapi juga pemeliharaan khazanah bangsa.

Teluk Intan perintis wakaf berasaskan warisan

Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar berkata, pemilihan Teluk Intan adalah langkah strategik kerana kawasan itu kaya dengan tapak bersejarah yang boleh digerakkan melalui dana wakaf untuk manfaat masyarakat setempat.

Teluk Intan

“Teluk Intan mempunyai banyak tapak peninggalan bersejarah yang menjadi khazanah warisan. Justeru, di sinilah kita mulakan usaha menghubungkan elemen warisan dengan kebajikan, supaya wakaf dapat dipromosikan kepada masyarakat setempat secara inklusif dan berimpak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutupan Program Santuni Komuniti MADANI di Teluk Intan, pada Ahad yang menjadi wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dr. Ridzwan menegaskan, pendekatan tersebut mampu memberi impak menyeluruh kepada komuniti, di samping mengekalkan identiti bangsa.

“Bayangkan jika bangunan-bangunan bersejarah di Teluk Intan dapat dihidupkan semula melalui dana wakaf, ia akan memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat setempat, memelihara identiti bangsa dan dalam masa sama menjadi amal jariah yang berpanjangan,” jelasnya.

Sejak penubuhannya pada tahun 2008, YWM telah mempelopori pelbagai instrumen wakaf baharu sejajar dengan cabaran semasa antaranya termasuk pelancaran Waqf Exchange Traded Fund (ETF) pertama di dunia di Bursa Malaysia serta pembangunan Waqf-Linked Sukuk yang membolehkan projek besar dalam sektor pendidikan, kesihatan, alam sekitar dan kemasyarakatan dibiayai melalui model pembiayaan lebih mampan.

Artikel lain: Agih RM40,000 Kepada Institusi Kebajikan, YWM Santuni 91 Anak Yatim Dan Kurang Berkemampuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, YWM turut memperkukuh platform digital bagi memudahkan masyarakat berwakaf secara telus dan mesra pengguna, selain menyokong pembangunan aplikasi seperti MasjidNet Superapps yang dibangunkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Teluk Intan

Sementara itu, Program Santuni Komuniti MADANI ini juga menyaksikan YWM menyalurkan sumbangan khas berjumlah RM107,940 untuk sekolah, surau, masjid serta golongan yang memerlukan, selain kerjasama Bank Rakyat dalam pemasangan panel solar di Masjid Melayu Teluk Intan bernilai RM30,000.

Teluk Intan

Inisiatif wakaf pendidikan turut diperkukuh melalui myWaqafPTPTN, iaitu kerjasama antara YWM dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membuka ruang masyarakat berwakaf untuk membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan.

Langkah ini membuktikan bahawa wakaf boleh digerakkan dalam pelbagai bentuk, sama ada pemeliharaan warisan, pembangunan ekonomi mahupun sokongan pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr. Ridzwan menegaskan, usaha menggabungkan warisan dengan wakaf memerlukan sokongan menyeluruh daripada pelbagai pihak agar Malaysia muncul sebagai peneraju wakaf moden di pentas antarabangsa.

“Wakaf adalah jambatan antara nilai spiritual dan pembangunan moden. Dari Teluk Intan inilah kita mulakan satu langkah baharu yang akan menggabungkan warisan dan wakaf, sejarah dan pembangunan, ibadah dan kemajuan,” katanya.

Majlis berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat, menjadikan Teluk Intan sebagai simbol integrasi wakaf, warisan dan pembangunan masyarakat.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd