Enam sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediaman mereka di Taman Orkid, Bentong sejak Isnin lalu akhirnya ditemui dalam keadaan selamat pada Rabu.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita dikenali sebagai M Rekha, 41, bersama lima anaknya iaitu Ruban, 19; S Sharivina Nair, 17; S Shasini Nair, 16; S Pritivi Nair, 14; dan S Lashwin Nair, 4, ditemui berada di sekitar daerah Bentong.
Beliau memaklumkan kesemua mereka kemudiannya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira jam 9.30 malam pada hari sama.
“Hasil siasatan awal, wanita terbabit bersama anak-anaknya bertindak keluar rumah tanpa memaklumkan kepada suami (pengadu) dipercayai berpunca perselisihan faham,” katanya.







































