Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Gabenor BNM Dedah Ekonomi Negara Stabil Walaupun Depani Cabaran Global

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata ekonomi negara stabil walaupun berdepan tekanan ekonomi global.

Menurut laporan Buletin TV3, beliau memaklumkan BNM telah menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2025 kepada antara 4 hingga 4.8 peratus.

Semakan ini dibuat dengan mengambil kira ketidaktentuan dalam perdagangan dunia yang dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara.

Ekonomi negara stabil

Ekonomi negara stabil

Foto: Harian Metro

“Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan domestik yang mampan serta pelaburan berterusan dalam infrastruktur strategik di bawah agenda pembangunan negara,” katanya dalam ucapan pembukaan MyFintech Week 2025, di sini hari ini.

Tambahnya lagi, kadar inflasi dijangka kekal sederhana, iaitu antara 1.5 hingga 2.3 peratus tahun ini, sejajar dengan penurunan kos dan permintaan yang stabil.

Malah, reformasi struktur akan terus menjadi asas penting kepada ketahanan ekonomi negara, termasuk memperkukuh disiplin fiskal, menarik pelaburan berkualiti tinggi dan memperluas peluang ekonomi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kemajuan dalam bidang strategik seperti peralihan tenaga, infrastruktur digital dan pembuatan bernilai tinggi sedang meletakkan asas bagi ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya saing,” katanya.

Artikel lain: Nestlé Malaysia Catat Untung Bersih RM112.1 Juta, Kekal Momentum Pertumbuhan Kukuh

Ekonomi negara stabil

Foto: Harian Metro

Sumber: Buletin TV3

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd