Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dua Tahun Tadbir Negara, Bersih Beri Gred D Kepada Kerajaan Perpaduan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan hari ini adalah terbaik apabila dilihat berjaya dengan cemerlang terutama soal memerangi rasuah.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, penilaian pemarkahan yang diberi menunjukkan satu jurang yang ketara dari segi kemajuan, tindakan dan perlaksanaan reformasi tidak seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Foto: Sinar Harian

Apa yang lebih mengejutkan adalah dari sudut penilaian Bersih, 70 peratus skala pemarkahan akauntabiliti manifesto merangkumi Reformasi Pilihan Raya, status dua daripada tujuh masih dalam progres, manakala selebihnya tidak dilaksanakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala dibahagian Reformasi Institusi pula, lima dari lapan belas telah terlaksana, tujuh masih didalam proses manakala yang lain tidak dipenuhi. Hak Kebebasan Sivil pula, dua masih di dalam proses manakala tiga tidak terlaksana.

Menurut pandangan Muhammad Faisal juga, kemungkinan kerajaan tidak sempat untuk melaksanakan kesemua agenda reformasi kerana waktu ini telah pun melepasi pertengahan lima tahun pentadbiran dan masih lagi tidak mencapai satu perubahan yang besar.

Foto: Carian Google

Dia berkata lagi, pentadbiran terdahulu berjaya membuktikan bahawa reformasi utama boleh diselesaikan dalam tempoh dua tahun sahaja dan mengemukan dua belas cadangan kepada kerajaan apabila hampir PRU-16 nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Justeru, Bersih ingin mengemukakan 12 cadangan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum ke-16 (PRU16) antaranya perkenalkan 10 tahun had masa buat perdana menteri, Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), Akta Pendanaan Politik, pisahkan bidang kuasa peguam negara dengan pendakwa raya dan lain-lain,” ujarnya.

Foto: X @faisalazizfa

Bukan itu sahaja, Bersih akan terus berkerjasama dan terlibat secara langsung dengan memberi tekanan kepada kerajaan, pembangkang dan Parlimen serta semua pihak untuk menyokong agenda dan menjadikan agenda reformasi ini sehingga kesemua yang pernah digariskan dilaksanakan dengan jayanya.

Tambah Muhammad Faisal lagi, sekarang adalah masa untuk menjadikan demokrasi lebih jelas tanpa ada sekatan dan melaksanakan reformasi institusi pilihan raya yang teguh sambil melindungi hak kebebasan sivil.

Sumber: Sinar Harian (Aisyah Basaruddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd