Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Doakan Kes Berjalan Lancar, Peguam Tidak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan

Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat yang mewakili ibu bapa kepada mangsa kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Foto: Kosmo

Menurut satu laporan Buletin TV3, lelaki berkenaan berkata, beliau tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas beberapa sebab tidak dapat dielakkan.

“Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.
“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Foto: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, keluarga ibu bapa Zayn Rayyan melantik Mahmud untuk mewakili mereka selepas pasangan terbabit ditahan oleh pihak polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pula berkata, pasangan berusia 28 tahun itu akan direman selama seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap insiden tersebut.

Foto: Scoop

Terdahulu, mayat adik Zayn Rayyan ditemui di saliran air yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam di sebuah pangsapuri di Damansara Damai, Petaling Jaya pada 6 Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas laporan hasil bedah siasat ke atas mayat dikeluarkan, mangsa disahkan dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher dan anggota badannya.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd