Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Ceroboh Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Empat Warga Asing Ditahan

Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan melaporkan berjaya memberkas empat orang suspek yang disyaki terlibat dalam kes pencerobohan Pusat Hidrografi (PHN) Nasional Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pulau Indah, Klang pada malam Isnin lalu.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan telah mengarahkan anggota kereta peronda yang berdekatan untuk bergerak ke lokasi kejadian.

Foto: Sabah Gazette

“Pihaknya menerima panggilan daripada pegawai bertugas di PHN pada jam 8 malam, 26 Mei lepas.
“Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah, Klang dekat Shah Alam pada Ahad lepas,” katanya.

Keempat-empat suspek tersebut turut dilaporkan berumur antara 21 hingga 36 tahun didapati berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk utama PHN yang kemudiannya telah ditahan oleh anggota TLDM yang sedang bertugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Siasatan lanjut mendapati semua suspek ditahan anggota TLDM selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dengan berlegar-legar di jalan berhadapan pintu masuk utama PHN dan berpura-pura mengambil gambar.
“Suspek ditahan anggota TLDM yang kemudiannya memaklumkan kepada polis untuk tangkapan dan siasatan lanjut,” ujar beliau lagi.

Foto: FB Polis Klang Selatan

Cha juga memaklumkan bahawa kesemua suspek akan direman selama tiga hari sehingga 29 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pencerobohan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 bagi mengesahkan ketulinan pasport, permit dan pergerakan keluar masuk kesemua suspek ke Malaysia” tambahnya lagi.

Untuk makluman, PHN dilengkapi dengan beberapa peralatan moden dan canggih selain infrastrukturnya yang dilengkapi sistem ICT, sistem pengakriban data hidrografi dan oseanografi melalui Hidrografi Data Management System (HDMS) dan Digital Data Management System.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd