Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Datuk Zayn Rayyan Sahkan Sudah Lantik Peguam Baharu

Datuk kepada kanak-kanak mangsa pembunuhan, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan sudah melantik peguam baharu bagi mewakili ibu bapa Zayn yang kini dalam tahanan reman selama tujuh hari bermula 1 Jun lalu.

Menurut satu laporan Berita Harian, datuk arwah Zayn Rayyan iaitu Zahari Mohd Reba sendiri telah mengesahkan perkara tersebut, selepas terdapat laporan pengunduran peguam Mahmud Jumaat pagi ini.

Foto: Berita Harian

“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Mahmud yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili pasangan tersebut bermula hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahmud telah dilantik oleh keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis untuk membantu siasatan di kediaman mereka pada Jumaat lalu.

Foto: Kosmo

Mahmud turut dilaporkan hadir semasa prosiding permohonan reman ke atas pasangan suami isteri itu sebelum Majistret Ainaa Muhammad Kamal membenarkan reman selama tujuh hari sehingga 7 Jun di Mahkamah Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Untuk rekod, mangsa kanak-kanak autisme yang juga merupakan anak sulung pasangan tersebut ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan saliran air, kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya pada 6 Disember tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Scoop

Hasil bedah siasat ke atas mayat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada leher, yang berkemungkinan besar dicekik atau dijerut selain terdapat kesan lebam pada anggota badannya yang lain.

Sumber: Berita Harian (Muhaamad Hafiz Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd