Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JPN Tampil Beri Penjelasan Dakwaan Warga Pakistan Peroleh Kad Pengenalan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial.

JPN dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, tindakan undang-undang telah diambil ke atas pemegang Kad Pengenalan Mohd Izaz Bin Abit, kerana mendapati individu berkenaan menggunakan sijil kelahiran milik orang lain untuk mendapatkan kad itu.

Dakwaan warga Pakistan peroleh kad pengenalan

Dakwaan warga Pakistan peroleh kad pengenalan

Jelasnya, kad pengenalan berkenaan juga telah dirampas selepas pengakuan diperoleh daripada individu dan penganjur permohonan tersebut.

“Semakan kesahihan turut dibuat ke atas nombor kad pengenalan yang ditularkan dan mendapati individu-individu berikut merupakan warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.
“Pemegang Kad Pengenalan Abd Rauf Bin Hamzah dan Mohd Abzah Ulamai Dar berstatus warganegara secara kuat kuasa undang-undang, masing-masing dibawah di bawah Perkara 14(1)(b) dan 14(1)(a).
“Pemegang Kad Pengenalan Said Bashar Bin Shah Zadar berstatus warganegara secara kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) dengan pengesahan bahawa bapanya merupakan warganegara Malaysia sejak 6 Mac 1958,” kata JPN dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPN memberitahu dalam mempertimbangkan permohonan, pembuktian kelayakan untuk dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia adalah di bawah tanggungjawab setiap pemohon.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mahasiswa Bakar Karikatur : MPPK Hargai Pendekatan PM Anwar, Bukti Ihsan Kerajaan

Dakwaan warga Pakistan peroleh kad pengenalan

Katanya, proses pertimbangan adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta perundangan berkaitan yang berkuatkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.

“Jabatan ini ingin menegaskan syarat-syarat ini hanya melayakkan permohonan dikemukakan tetapi tidak menjamin bahawa permohonan kewarganegaraan tersebut akan diluluskan kerana sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia tidak akan memberikan kewarganegaraan secara sewenang-wenangnya atau sebarang keistimewaan tertentu,” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru, menyatakan ‘Pejabat JPN Sabah sentiasa dipenuhi Pakistan buat Permohonan IC (kad pengenalan)’.

Sumber: FB @Jabatan Pendaftaran Negara

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Filem

Selepas 18 hari tayangan, filem adiwira tempatan Keluang Man hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.3 juta. Angka itu dianggap mengejutkan, lebih-lebih lagi kerana filem...

Lokal

Seorang individu dikenali sebagai Tok Singa bersama tiga lagi pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd