Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Colombia Dilapor Haramkan Perkahwinan Bawah Umur

Parlimen Colombia telah meluluskan rang undang-undang untuk menghapuskan perkahwinan bawah umur di negara Amerika Selatan itu setelah 17 tahun berkempen, pada Rabu lalu.

Memetik laporan CNN World, selepas lima jam bersidang, ahli parlimen telah meluluskan rang undang-undang yang dicadangkan, dikenali sebagai “Mereka Adalah Gadis, Bukan Isteri” yang melarang perkahwinan bawah umur 18 tahun.

Members of Colombia's congress attend the opening of the new session in Bogota, Colombia July 20, 2024. REUTERS/Nathalia Angarita

“Kami tidak mahu terus melihat keganasan sistematik dan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak. Colombia sedang mencipta sejarah kerana buat pertama kali, kami berjaya mengharamkan perkahwinan kanak-kanak selepas lapan percubaan. 
“Ini adalah mesej yang hebat, bukan hanya untuk Colombia dalam hal menghormati hak kanak-kanak, tetapi juga untuk dunia. Masa kanak-kanak Colombia penting, kita perlu melindunginya dan menjaganya,” kata ahli kongres dari sebuah parti, Jennifer Pedraza.

Foto: The Guardian

Colombia kini menjadi salah satu daripada 12 negara dan 33 negara di Amerika Latin dan Caribbean yang telah sepenuhnya mengharamkan perkahwinan bawah umur 18 tahun, mengikut jejak langkah Honduras, Puerto Rico, Mexico, dan Republik Dominika.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarah Eksekutif Profamilia, Marta Royo menyatakan bahawa kegagalan rang undang-undang ini sebanyak lapan kali terdahulu disebabkan budaya machista (chauvinis lelaki) yang mendalam.

“Kami hidup dalam masyarakat yang sangat patriarki dimana terdapat jurang yang dalam antara apa yang dikehendaki oleh seorang lelaki dan apa yang dikehendaki oleh seorang gadis,” jelasnya.

Foto: X @KristyTallman

Rang undang-undang itu juga menetapkan bahawa dasar-dasar, termasuk pendidikan, mesti diperkenalkan untuk menangani punca-punca perkahwinan kanak-kanak.

Menurut  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), agensi kanak-kanak PBB, perkahwinan kanak-kanak tetap menjadi amalan yang meluas di seluruh dunia, dan ia menjejaskan kira-kira 12 juta gadis setiap tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, menurut statistik agensi tersebut, terdapat penurunan global dalam perkahwinan kanak-kanak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sepuluh tahun yang lalu, satu daripada empat wanita muda berumur 20 hingga 24 tahun telah berkahwin ketika mereka masih kanak-kanak. Hari ini, angka itu telah menurun kepada satu daripada lima,” kata UNICEF.

Sumber: CNN World 

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Lokal

Seorangbekas menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini....

Lokal

Seorang juruukur berusia 23 tahun didakwa membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Air Tawar, Butterworth, pada 10 Disember...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd