Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Cetus Ketakutan Sehingga Penonton Muntah, ‘Gala’ Temui Peminat Filem Seram Bermula Hari Ini

Terinspirasi daripada kisah benar insiden kerasukan sekumpulan remaja, filem seram dari Taiwan iaitu ‘Gala’ pasti akan membuatkan para penonton tidak senang duduk.

Memetik laporan mStar, filem ini terlalu seram dan membuatkan penontonnya tidak dapat menahan perasaan takut sehingga termuntah ketika tayangannya di Taiwan baru-baru ini.

Filem ‘Gala’ temui penonton di pawagam bermula hari ini!

Susulan respon penontonnya itu, penerbitnya Steven Liu berkata ia adalah bukti filem ini berbeza daripada karya seram lain kerana ia mengetengahkan elemen serta visual ekstrem yang menakutkan.

“Jalan ceritanya adalah sekumpulan kawan yang telah melakukan eksplorasi di sebuah resort dan akhirnya terbabit dengan insiden ghaib yang berlaku di Kenting, Taiwan.
“Filem yang berdasarkan kisah benar ini menambahkan lagi elemen seram disamping turut mempunyai unsur menakutkan seperti pemujaan, rasuk dan ritual yang digabungkana dengan trend terkini seperti penstriman langsung,” katanya.

Sementara itu, filem ini diarahkan oleh Zeng Da Heng dan dibintangi barisan pelakon handalan Taiwan seperti Mavis, Chu Xu, Li En You dan Hsu Hao Hsiang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain jalan cerita yang menarik, filem Gala turut menguatkan lagi ketakutan penonton menerusi kesan khas dan solekan seperti wajah serta mulut terkoyak.

Foto: mStar

Bercerita mengenai pengalamannya sebagai watak utama filem ini, Mavis berkata penghasilan setiap adegan rasuk tidak mudah selain perlu melalui proses yang panjang.

Bagaimanapun, Mavis berpuas hati dengan kualiti lakonan serta penjiwaan yang dipaparkan menerusi filem ini sehingga ada yang menggelarnya ‘ratu kerasukan’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Jangan Pandang Belakang 2 Temui Penonton Di Pawagam Bermula Hari Ini

“Dalam filem itu ada adegan wajah saya menjadi cacat hasil dicat disamping mempunyai lebih 20 batang gigi busuk yang menutupi seluruh muka untuk dapatkan hasil trypophobia yang menakutkan,” ujarnya.

Foto: mStar

Gala mengisahkan tentang sekumpulan penstrimer dalam talian yang taksub mengejar populariti dan pengikut dengan apa cara sekalipun.

Disebabkan itu, mereka memberanikan diri menerjah kawasan yang dikatakan berhantu dan ‘keras’ demi meraih penonton dan likes  di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malangnya, penggembaraan mereka di sebuah resort bertukar tragedi apabila kesemua mereka dirasuk sehingga keaaan menjadi cemas dan huru-hara.

Selepas kejayaan tayangan di Taiwan, penonton di Malaysia berpeluang menonton filem ini di pawagam bermula 28 November ini!

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung selepas sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah terbakar dalam kejadian pada Ahad. Pusat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd