Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cari Kerja Guna MyKad Palsu, Dua Pengawal Keselamatan Warga Asing Dicekup

Dua pengawal keselamatan warga asing telah ditahan ketika operasi penguatkuasaan atas kesalahan memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu untuk mencari kerja.

Memetik laporan Harian Metro, bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyatakan bahawa kedua-dua tertuduh yang ditahan semalam merupakan warga Indonesia dan Filipina berusia 23 dan 21 tahun.

Foto: Harian Metro

“Seorang individu berasal dari Indonesia berusia 23 tahun, manakala seorang lagi individu berkenaan berasal dari Filipina berusia 21 tahun,” katanya kepada media.

Kedua-duanya dikatakan telah meminjam MyKad tersebut melalui rakan kenalan sekali gus menjadikan ia sebagai identiti diri agar bebas daripada sebarang bayaran ketika mendapatkan pekerjaan.

“Mereka memperolehi kad pengenalan itu dengan meminjam daripada rakan kenalan sebagai identiti diri mereka untuk mendapatkan pekerjaan tanpa sebarang bayaran,” ujarnya.

Mengulas lanjut, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek didapati telah menggunakan kad berkenaan kira-kira dua hingga enam tahun yang lepas.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mereka akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan  Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 boleh disabitkan atas kesalahan tersebut.

“Kedua-dua individu akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan boleh disabitkan atas kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e)Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sekiranya bersalah, individu-individu ini akan dikenakan denda tidak melebihi RM30,00 atau hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Kejadian mengejutkan menggemparkan penduduk Lorong Cherating Damai, Kuantan apabila lima sekeluarga ditemui tak bernyawa di dalam sebuah rumah pagi tadi, dipercayai mempunyai unsur jenayah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd