Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Buat Yang Belum Faham..”- BCL ‘Payung’ Gambar, Bukti Diri Tidak Hamil

Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai selebriti terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari yang dikatakan kini sedang hamil.

Bukan itu sahaja, nama vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel juga dipetik dengan mengatakan Bunga sedang hamil anaknya.

Bagaimanapun, spekulasi itu disangkal oleh Bunga dalam sesi bersama media sewaktu hadir ke Malaysia pada minggu lalu bagi mempromosikan konsert pertamanya di negara ini.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Ujarnya, dia tidah hamil dan perubahan bentuk pada bahagian perutnya adalah normal terutama buat para wanita yang bergelar ibu. Tambahan pula, dia sering makan lewat malam.

“Hey, saya makanlah! Baik, nak tengok? (Sambil berdiri dan menunjukkan perutnya).
“Ini biasalah, perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam,”ujar BCL.

Dalam masa sama, balu kepada kepada pelakon Ashraf Sinclair berkata berkemungkinan foto itu diambil dari sudut berbeza sehingga menampakkan perut buncitnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mungkin masih belum move on dengan spekulasi netizen Indonesia, BCL sekali lagi berkongsi sebuah video di platform TikTok miliknya dengan meletakkan kapsyen sarkastik.

Menerusi video berkenaan, penyanyi berusia 39 tahun itu dilihat sedang memakai baju sukan menampakkan bahagian perutnya.

Sambil memaparkan perutnya, BCL berkata postur tubuhnya adalah berbeza jika dilihat dari sudut kamera pelbagai sehingga menampakkan perut buncitnya seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Sampai macam tu sekali nak buktikan diri tak hamil

Rata-rata warganet terkejut kerana BCL sanggup memuat naik video sedemikian bagi menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia tidak hamil. Mereka juga mengatakan dia tidak harus berbuat sedemikian bagi memuaskan hati segelintir pihak.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan meluahkan kelegaan kerana tidak bergelar selebriti yang sering menjadi perhatian dan bualan ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @bclofficial_

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Seorang wanita tidak menyangka suami yang pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh orang anak mereka sendiri tergamak berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan yang diberi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd