Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Biasalah Perut Ibu-Ibu Suka Makan…”- BCL Nafi Hamil Anak Ariel NOAH

Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL)  menafikan dakwaan dia kini sedang hamil anak kepada vokalis kumpulan NOAH iaitu Ariel.

Malah, BCL juga meluahkan kekecewaan apabila ramai netizen mengkritik bentuk badannya yang pada ketika itu perutnya sedang membuncit.

@suaradotcom

Diduga Hamil, Perut BCL Jadi Perhatian Warganet hingga Seret Nama Ariel Noah #BCL #ArielNoah #Entertainment

♬ suara asli – Suaradotcom – Suaradotcom

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, perut buncit tersebut adalah kesan daripada suka makan, bukannya hamil.

“Saya lagi sedih bila orang ‘body shaming’. Hey, saya makanlah! Baik, nak tengok? (Sambil berdiri dan menunjukkan perutnya).
“Ini biasalah, perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam,”ujar BCL.

Katanya lagi, dia dan Ariel hanyalah bersahabat sahaja dan tidak lebih daripada itu.

“Dia kawan baik saya sahaja. Pada saya, netizen sekadar membuat gosip sekadar hiburan saja.
“Mereka tidak tahu dan tidak bersama saya setiap hari. Jadi, macam mana mereka tahu? Saya tak salahkan mereka tapi saya tak suka mereka mengatur hidup saya,”luah Bunga.

Mengulas lanjut, balu kepada pelakon Ashraf Sinclair berkata berkemungkinan foto itu diambil dari sudut berbeza sehingga menampakkan perut buncitnya.

“Mungkin perut saya sedang bloating atau sedang datang bulan ke? Semua kemungkinan itu boleh menyebabkan bentuk perut saya berubah,”katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Perkembangan lain, Bunga Citra Lestari akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia iaitu BCL Intimate Concert pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kepada peminat BCL, jangan lepaskan peluang anda!

Advertisement. Scroll to continue reading.
@hotfm976_

Ahhhh ini memang CINTA SEJATIIII!!! LOVEEEE BANGETTT! 😍😍 #bclcintasejati #bungacitralestari #bclblossommalaysia

♬ original sound – Hot FM – Hot FM

View this post on Instagram

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Gempak, Instagram @bclsinclair, TikTok @hotfm976_

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd