Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bergambar Dengan Rakan2, Ayana Moon Tampil Tanpa Hijab?

Nama Ayana Moon bukan asing lagi jika kita rajin menggunakan media sosial. Model hijab kelahiran Korea Selatan telah menarik perhatian media selepas mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan berkelana ke Malaysia dan Indonesia untuk meneruskan kerjaya seninya.

Dia juga kerap berkongsi perjalanan ‘hijrahnya’ bersama adik lelaki yang turut sudah memeluk agama Islam di media sosial.

Mungkin gambar lama, tapi  handphone keluaran 2022?

Namun begitu, dalam satu perkongsian yang dibuat satu akaun TikTok menggunakan nama @agnesdias24, dia telah mendedahkan beberapa gambar model tersebut yang dilihat tidak berhijab seperti selalunya.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa gambar dan video yang dikongsikan adalah perkongsian lama sewaktu dia masih belum berhijab, namun ada juga yang menafikan hal berkenaan melihat daripada jenis telefon pintar serta koleksi pakaian terbaru yang digunakan.

Iphone 13 tu tahun ni baru keluar

Makan makanan tak halal?

Dalam pada itu, pengguna TikTok berkenaan juga mendakwa yang Ayana turut berada di restoran makanan tidak halal sewaktu berada di Korea Selatan.
Dia yang dilihat bersama rakan-rakan telah tampil dengan pakaian yang agak sopan namun tidak mengenakan hijab seperti selalu.
Akan tetapi, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada selebriti berusia 27 tahun itu kerana di ruangan Instagramnya dia masih lagi berpakaian menutup aurat.
Terdahulu, Ayana Moon pernah ditanya oleh peminat tentang pemakaiannya yang tidak bertudung sewaktu melawat adiknya di dalam kem tentera.
Menurutnya, dia terpaksa berpakaian seperti itu kerana bukan semua masyarakat di dunia dapat menerima wanita berhijab dalam lingkungan mereka termasuklah di Korea Selatan.
Walau bagaimanapun, ketika itu dia telah berusaha sebaiknya dengan memakai hoodie dan topi bagi menutup rambutnya sewaktu berada di lokasi terbabit.

Untuk makluman, Ayana Moon atau nama sebenarnya Ayana Jihye Moon, 27 merupakan gadis berasal dari Korea Selatan yang telah bergelar mualaf sejak berusia 16 tahun lagi.

Dia telah berhijrah ke Malaysia dan kini banyak berada di Indonesia untuk mendalami agama serta turut bergiat aktif sebagai model bagi jenama tudung.

Sumber: TikTok @agensdias24
Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd