Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bendera China Pada Replika Roket Di Tangkak Dibimbangi Cetus Provokasi – UMNO Johor

UMNO Johor menyifatkan insiden bendera negara China yang dipasang pada replika roket di sebuah karnival di Johor sebagai tidak sensitif dan dibimbangi boleh mencetuskan provikasi dalam masyarakat berbilang kaum.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Sahrihan Jani berkata laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Pemuda UMNO Bahagian Ledang pada Rabu.

Bendera China pada replika roket dibimbangi cetus provokasi

“Sejak awal isu ini diviralkan, saya telah berhubung dengan pihak Majlis Daerah Tangkak menyuarakan rasa kebimbangan bahawa perkara ini akan mencetuskan kegelisahan masyarakat.
“Saya menekankan bahawa satu tindakan yang proaktif termasuk membatalkan permit dan penganjuran program tersebut sekiranya benar pihak penganjur tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Tangkak dan pihak keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, Sahrihan turut mendesak agar tindakan yang tegas perlu diambil termasuk pendakwaan kes di mahkamah terhadap penganjur dan penutupan operasi karnival serta merta.

Katanya lagi, beliau dimaklumkan karnival tersebut bakal dihentikan pada hari ini disamping turut menegaskan permohonan maaf sahaja tidak cukup bagi menutup kesalahan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya difahamkan secara tidak rasmi bahawa karnival ini akan dihentikan operasinya bermula pada hari ini, 26/12/2024. Saya mendesak supaya tindakan tegas diambil.
“Ini termasuk pendakwaan kes di mahkamah terhadap penganjur dan penutupan operasi karnival dengan serta merta. Sebarang permohonan maaf tidak cukup untuk menutup kesalahan ini,” ujarnya.

Bendera China Pada Replika Roket

Sementara itu, Sahrihan juga mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO Ledang yang dengan pantas membuat laporan polis sebaik insiden itu menjadi tular.

Artikel lain: Satu Lagi Penemuan Bangkai Kucing, Anjing Di Universiti Malaya

“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pemuda UMNO Ledang yang terkehadapan dengan membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan awal berhubung isu ini.
“Ini menunjuukan bahawa UMNO sama sekali tidak akan bersekongkol dengan tindakan mana-mana pihak yang menggugat maruah dan keselamatan negara.
“Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas segala komen dan keprihatinan masyarakat terhadap perkara ini. Jelas bahawa kita boleh bersama dalam satu perkara yang melibatkan maruah dan keselamatan negara,” katanya.

Disamping itu, Sahrihan turut menasihatkan penganjur untuk lebih sensitif dengan budaya dan tidak mencetuskan provokasi yang boleh mencetuskan kegelisahan masyarakat serta berhati-hati terutama dalam soal perpaduan dan keselamatan negara.

Bendera China Pada Replika Roket

“Saya menegaskan bahawa masyarakat di Gambir sangat menjunjun tinggi kehidupan harmoni dan bersatu padu serta saling menghormati adat kebudayaan dan kepercayaan masing-masing.
“Masyarakat di Gambir juga jelas menolak sebarang usaha tersirat yang bertujuan mempromosikan sesuatu yang bertentangan dengan semangat perpaduan dan sayangkan Malaysia negara yang tercinta ini,” ujarnya.

Sebelum ini, tular foto memaparkan sebuah replika roket gergasi dengan bendera China yang dilekatkan pada bahagian sayapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib mengesahkan menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.

Sumber: Facebook UMNOJohorOfficial, Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Kematian pelakon Lee Sun-kyun akhirnya terbela selepas seorang wanita yang didakwa melakukan peras ugut terhadap aktor berkenaan telah dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun...

Lokal

Kelab Kucing Malaysia (KKM) menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan terperinci kes kematian misteri beberapa ekor kucing di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. Memetik laporan...

Lokal

Seorang anggota polis yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di tali air pintu gerbang Changkat Lada, Kampung Gajah pada ahad ditemukan meninggal dunia....

Lokal

Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah buka kertas siasatan tarian mencolok mata di  majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan di sebuah dewan sekolah jenis kebangsaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd