Bekas kekasih pemain bola sepak Brazil, Ronaldo Nazario iaitu Michele Umezu mendedahkan dia menjalani pembedahan pemulihan selaput dara (hymenoplasty).
Menurut portal Daily Star, dia yang juga ahli bina badan mengatakan pembedahan yang dilakukan pada 23 September lalu itu dibuat kerana mahu melangsungkan perkahwinan di gereja sebagai seseorang masih ‘dara’.
Michele pernah dilaporkan bercinta dengan penyerang lagenda itu pada tahun 2004 dan kemudiannya menghubungi bintang Real Madrid pada ketika itu mengenai anak lelaki mereka bernama Alexander berusia lapan bulan.
Dan, mahkamah mengambil masa lima tahun untuk mengesahkan Ronaldo, 46, sebagai bapa kandung kepada kanak-kanak lelaki. Ini menjadikan Alexander yang kini berusia 17 tahun sebagai anak keempatnya.
Disoal mengenai hal perkahwinan bekas kekasih Ronaldo itu, Michele menededahkan dia masih bujang buat masa sekarang. Namun, berharap agar dapat bertemu dengan lelaki mempunyai kepercayaan dan cita-cita yang sama sepertinya.
“Saya mencari lelaki yang mempunyai tujuan hidup yang sama dan saling mempercayai. Saya tak malu untuk berkata hal ini kerana itulah yang saya mahukan,”katanya.
Michele memberitahu perkara itu ketika ditemubual oleh agensi berita tempatan ‘Em Off’ dan dia hanya akan menjalani hubungan intim dengan seseorang selepas berkahwin di gereja. Bagaimanapun, dia kini sedang mencari calon yang sesuai.
Sekadar info, Michele dan Ronaldo bertemu buat pertama kali di Tokyo pada tahun 2002 ketika dia bekerja sebagai pelayan sementara penyerang lagenda itu memenangi Piala Dunia bersama Brazil.
Zaman kegemilangan Ronaldo
Ronaldo yang kini tidak memiliki tubuh badan sebagai seorang atlet
Beberapa tahun berikutnya, dia telah menyatakan telah menjalani vasectomy kerana merasakan memiliki empat orang anak sudah mencukupi.
Ronaldo atau dikenali juga sebagai ‘O Fenomeno’ menjaringkan 62 gol dalam 98 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Brazil dan berada di tempat kedua dalam senarai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang masa dengan 15 – satu di belakang Miroslav Klose.
Sumber: DailyStar