Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Batal projek HSR, Muhyiddin, Tun Mahathir & 3 Lagi Diheret Ke Mahkamah

Seorang warganegara Malaysia, Mohd Hatta Sanuri telah menfailkan writ saman kepada dua bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura.

Diheret bersama 3 lagi ke mahkamah

Memetik laporan dari Malaysiakini, selain daripada dua bekas perdana menteri itu, tiga lagi defenden turut akan diheret ke mahkamah iaitu bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi Mustapha Mohamed, bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.

Difahamkan, warganegara Malaysia itu mendakwa Mahathir cuai dan melakukan kesalahan penyelewengan dalam jawatan awam apabila membuat keputusan untuk menangguhkan projek HSR pada 5 Sept 2018, yang didakwa mengakibatkan Malaysia membayar pampasan RM46 juta kepada Singapura pada 31 Jan, 2019 sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

Plaintif juga mendakwa bahawa Muhyiddin turut melakukan kecuaian dan penyelewengan dalam jawatan awam, sebagai perdana menteri ketika itu, dengan menamatkan projek HSR pada 31 Dis 2020 sekaligus menyebabkan Malaysia membayar lebih RM320 juta sebagai pampasan kepada Singapura pada 2021 untuk pembatalan perjanjian dua hala antara kedua-dua negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minta defenden bayar ganti rugi

Mustapha dan Wee ka Siong juga didakwa cuai dan melakukan penyelewengan dalam jawatan awam berhubung penangguhan projek itu.

Antara kerugian yang dialami oleh semua rakyat Malaysia berikutan penamatan projek HSR yang didakwa Hatta adalah hilangnya keyakinan pelabur asing terhadap negara, kehilangan 70,000 pekerjaan berpotensi bergaji tinggi daripada projek itu, kehilangan peluang untuk memperoleh keuntungan RM70 bilion daripada pembinaan, operasi HSR serta lebih RM366 juta kerugian akibat Malaysia membayar pampasan kepada Singapura.

“Berdasarkan fakta di atas, defendan perlu membayar ganti rugi teruk dan teladan kepada setiap rakyat Malaysia, termasuk plaintif, untuk tindakan yang tidak mengikut perlembagaan, kejam dan untuk manfaat tidak jujur mereka sendiri yang membelakangkan kepentingan rakyat Malaysia, ” dakwa Hatta.

 

Susulan daripada itu, Hatta meminta beberapa relif seperti pengisytiharan untuk menarik balik pembatalan projek HSR.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga memohon pengisytiharan untuk memaksa defendan membayar RM1 juta sebagai ganti rugi dan pampasan kepada setiap warganegara Malaysia serta memohon perintah mahkamah untuk memaksa lima defendan memberi penjelasan bertulis berhubung sebab penangguhan dan pembatalan projek.

Tuntutan mahkamah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 2 Feb di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dan Hatta telah diwakili peguam dari firma guaman Mohaji, Hazury & Ismail.

 

Sumber: Malaysiakini (Hidir Reduan Abdul Rashid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Tingkatan Enam kini wajar dipertimbangkan sebagai pilihan utama bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek....

Sosial

Tular di media sosial beberapa hantaran dipercayai seorang isteri yang dicerai dalam pantang oleh peniaga dikenali sebagai ‘Abang Santan’ di TikTok. Isteri dicerai dalam...

Sosial

Seorang wanita mendedahkan kecurangan bekas suaminya yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika dia sedang hamil, sehingga membawa kepada penceraian mereka baru-baru ini....

Sukan

Beregu badminton kebangsaan Choong Hon Jian-Haikal Nazri bersedia untuk melawan pasangan dari India Shetty-Rankireddy di pusingan pertama dalam Terbuka Singapura hari ini. Beregu negara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd