Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bank Rakyat Salur Pembiayaan Mikro RM50 Juta Kepada 1,856 Usahawan Sepanjang Tahun Lalu

Bank Rakyat salur pembiayaan mikro berjumlah lebih daripada RM50 juta kepada 1,856 usahawan dan syarikat perusahaan mikro sepanjang tahun lalu.

Bank Rakyat salur pembiayaan mikro

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, ia membabitkan RM43.5 juta kepada perusahaan Bumiputera, manakala masyarakat Cina menerima pembiayaan sebanyak RM5.4 juta dan masyarakat India sebanyak RM1.04 juta.

Ramanan berkata, sokongan berterusan Bank Rakyat terhadap sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah amat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengantarabangsakan sektor tersebut.

“Ia sebagai agenda utama transformasi ekonomi negara menerusi inisiatif Ekonomi Madani yang dirangka berlandaskan faktor kemasyarakatan, nilai dan norma masyarakat yang ditekankan dalam konsep Malaysia Madani,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada lawatan ke Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bersama Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bantu Usahawan B40, RM1.24 Juta Diperuntuk Melalui SME Bank ITEKAD Penjana Komuniti

Tambah beliau, komitmen Bank Rakyat dalam mengupaya lebih ramai usahawan dan perniagaan berskala kecil dan sederhana daripada setiap lapisan masyarakat juga mampu membantu kerajaan mencapai aspirasi pembasmian miskin tegar.

“Ia juga mempertingkatkan daya saing perusahaan PMKS menerusi manfaat pembiayaan daripada dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan melalui agensinya,” ujarnya.

Sementara itu, Mohammad Hanis berkata, Bank Rakyat berhasrat bagi melaksanakan pembangunan strategik usahawan dan koperasi meliputi penyediaan kemudahan bimbingan pakar dalam bidang khusus serta pengurusan perniagaan yang berkesan, terutamanya kepada komuniti unserved dan underserved.

“Bank Rakyat juga telah melancarkan inisiatif SU.TE.RA pada tahun lalu, iaitu sebuah platform interaksi yang menghubungkan usahawan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan.
“Program interaksi termasuk ‘Santai Namun Sampai’ dan kempen #asalkepompongmenjadisutera, Penasihat Koperasi dan Usahawan, Bengkel Pembiayaan Islam, Program Mentor Graduan dan Program Pembangunan Vendor juga telah memberikan impak yang besar dengan penyertaan lebih 5,300 orang peserta di seluruh negara,” katanya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd