Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

BABYMONSTER Umum Konsert Besar Jelajah Dunia

Berita baik buat Monstiez kerana kumpulan BABYMONSTER telah pun mengumumkan jelajah dunia pertama mereka, iaitu konsert besar ‘HELLO MONSTERS’ selepas baru beberapa bulan debut sebagai sebuah kumpulan muzik besar K-pop di Korea.

Kumpulan gadis remaja itu muncul di bawah naungan agensi YG Entertainment, rasmi mengumumkan berita tersebut di platform media sosial Instagram @babymonster_ygofficial dengan hantaran poster bertajuk ‘HELLO MONSTERS’.

Foto: Instagram @babymonster_ygofficial

Jelajah konsert dunia tersebut bakal bermula pada Januari 2025 di Seoul, diikuti dengan persinggahan di New Jersey pada Februari dan Los Angeles pada Mac selain banyak lagi lokasi di negara lain yang bakal diumumkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tujuh ahli kumpulan itu telah melancarkan album baharu mereka berjudul Drip yang telah laris dijual menerusi pasaran dunia.

Foto: Instagram @babymonster_ygofficial

Tujuh gadis berbakat itu juga telah menghadiri konsert besar 2ne1 “Welcome Back Tour” dan menjadi artis jemputan bagi persembahan pembukaan.

Sekadar info, BABYMONSTER merupakan kumpulan junior di bawah agensi berkenaan sebaris dengan kumpulan Kpop dunia, iaitu Bigbang, 2ne1, Blackpink, Ikon, dan Treasure.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram @babymonster_ygofficial

Untuk rekod, BABYMONSTER memulakan kerjaya pada November tahun lalu menerusi lagu Batter Up.

BABYMONSTER, juga ditulis sebagai BABYMONS7ER, sebelum itu memulakan debut sebagai enam orang ahli sahaja pada 27 November 2023, tidak lama selepas itu, kumpulan tersebut secara rasmi debut sebagai tujuh ahli, pada 1 April 2024 setelah salah seorang anggota, Ahyeon menyertai kumpulan berkenaan.

Sumber: Instagram @babymonster_ygofficial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd