Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Amaran Tutup Jalan Dan Sekolah, Madinah Dilapor Dilanda Banjir Kilat

Beberapa bahagian utara Arab Saudi dilaporkan dilanda banjir dan hujan lebat melalui tularnya rakaman video dan gambar memaparkan ketinggian paras air sehingga pihak berkuasa meteorologi terpaksa mengeluarkan amaran penutupan jalan dan sekolah pada Selasa lalu.

Menerusi satu laporan The New Arab, Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM) telah mengeluarkan amaran merah di beberapa kawasan dalam wilayah Al-Madinah.

Foto: Tangkap layar media sosial

“Ramalan hujan lebat dan ribut petir. Amaran itu khusus meliputi Al-Ula dari tengah hari hingga 11 malam,” katanya.

NCM turut melaporkan ramalan hujan lebat yang disertai dengan angin kencang, hujan batu dan potensi banjir kilat sehingga menyebabkan penglihatan berkurangan dalam tempoh terdekat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi (DCD) menggesa penduduknya supaya berhati-hati dan mengelak daripada menghampiri kawasan lembah dan jalan air.

“Jangan melintas atau memasuki kawasan, dan pemandu perlu berhati-hati di jalan luar bandar,” katanya.

Selain itu, rakaman yang tersebar di media sosial turut menunjukkan hujan lebat dan banjir kilat di wilayah Al-Ula dan Al-Madinah.

Foto: Tangkap layar media sosial

Hal ini berlaku beberapa hari selepas banjir kilat melanda negara jiran dan Oman di bahagian Tenggara, yang mana perubahan iklim didakwa sebagai faktor utama berlakunya banjir tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Arab Saudi pernah dilanda banjir pantai akibat hujan lebat yang melanda di kawasan bandar Jeddah sehingga menyebabkan dua orang dilaporkan maut dalam banjir berkenaan pada November 2022.

Untuk makluman, banyak bandar di negara-negara Teluk dibina tanpa sistem saluran parit yang mencukupi kerana perancang bandar pada abad ke-20 tidak menjangkakan perubahan drastik di kawasan tanah gersang Semenanjung Arab.

Sumber: The New Arab

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial wajah Edward Wong, pelajar cemerlang STPM, yang sebelum ini menarik perhatian netizen selepas meluahkan kekecewaan kerana gagal mendapatkan kursus perakaunan...

Sosial

Disebalik kegembiraan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), rupanya remaja yatim piatu, Nik Muhammad Alis sudah tiga tahun hidup sendiri...

Bisnes

Saham Astro Malaysia Holdings Bhd sekali lagi merudum ke paras terendah dalam sejarah selepas syarikat televisyen berbayar itu mengumumkan keputusan kewangan yang lemah, di...

Sosial

Demi mengejar ilmu dan segulung ijazah, seorang anak muda sanggup menempuh perjalanan lebih lapan jam bermotosikal dari Sepang, Selangor ke Perlis dengan hanya berbekalkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd