Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aksi Kejar-Mengejar Di KLIA Tular, Lelaki Miliki 31 Rekod Jenayah Ditahan Polis

Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang mempunyai 31 rekod jenayah lampau selepas mengejar kereta Honda Civic dipandu lelaki terbabit di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M Ravi berkata suspek berusia 30 tahun itu bertindak melanggar beberapa buah kenderaan awam untuk melarikan diri semasa dikejar kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian 4.30 petang itu.

“Anggota MPV yang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan KLIA cuba menahan sebuah kenderaan jenis Honda Civic berwarna merah namun pemandu berkenaan enggan berhenti untuk pemeriksaan.
“Pemandu kenderaan tersebut telah cuba melarikan diri ke arah laluan terminal KLIA Aras 3 hingga melanggar lima buah kenderaan awam yang berada di laluan tersebut sebelum berjaya ditahan berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ravi berkata hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 31 rekod jenayah lampau serta satu rekod kesalahan dadah yang masih dikehendaki polis.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan khianat, selain Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesalahan trafik berkaitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang hari ini bagi tujuan permohonan reman.

Semalam, tular di media sosial satu video memaparkan insiden kereta polis mengejar sebuah kereta di KLIA yang mengejutkan orang awam.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd