Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ahmad Zahid Bangga Keberanian 34 Delegasi Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan penghargaan dan kata semangat kepada delegasi Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla ke Gaza, meskipun mereka berdepan pelbagai cabaran di perairan antarabangsa.

Ahmad Zahid bangga dengan wira misi Sumud Flotilla

Dalam perbualan panggilan video secara langsung bersama Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Kamaruzaman, Ahmad Zahid menzahirkan rasa bangga terhadap keberanian 34 sukarelawan Malaysia, terdiri daripada 25 lelaki dan sembilan wanita yang menyertai misi kemanusiaan itu.

“Ok sudara-sudara besar sampaikan salam saya kepada seluruh delegasi dunia terutamanya 25 delegasi lelaki Malaysia dan 9 delegasi wanita dari Malaysia yang menjadikan jumlahnya 34 orang.
Malaysia amat berbangga, rakyat Malaysia amat berbangga dengan keberanian seluruh 34 delegasi daripada Malaysia yang mewakili semua bangsa, semua agama, semua budaya dan kita ketepikan warna-warna politik yang berbeda
“demi rakyat Palestin dan ini jadi satu ibrah, satu pengajaran untuk rakyat Malaysia bahawa bersatu di dalam hati yang sebenar, berpadu di dalam pemikiran yang sebenar insyaAllah kejayaan akan memenang kepada kita akhirnya insyaAllah,” katanya pada Rabu.
Ahmad Zahid

Foto: FB Zahid Hamidi

Ahmad Musa dalam perbualan sama memaklumkan mereka kini berada di kawasan yang digelar sebagai ‘grey zone’, kira-kira 750 batu nautika dari pantai Gaza.

Untuk makluman, konvoi tersebut melibatkan 53 kapal dengan kehadiran lebih 500 delegasi antarabangsa, termasuk 34 dari Malaysia.

“Semalam malam yang panjang untuk kami para peserta Global Subot Fortila kita tak tidur sampai dalam 5 pagi kerana kita berjaga-jaga, risau ada drone yang datang dan buat kacau.
Tapi memang semalam ada beberapa bentuk kacauan yang mereka buat antaranya letupan yang dihantar oleh drone, yang saya sebutkan tadi ada 12 dan bagi kesan kepada 9 buah kapal yang bersama dalam konvoi,” kata Ahmad Musa.

Artikel lain: Malaysia Atur Hantar Pulang 127 Rakyat Palestin – Ahmad Zahid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut menjelaskan berlaku gangguan komunikasi apabila saluran walkie-talkie dihack dengan memutarkan lagu-lagu pelik yang bertujuan melemahkan semangat.

Ahmad Zahid

Foto: FB Musa Nuwayri

“Tapi insya Allah dengan nama Malaysia yang kita bawa ini kita tidak akan berganjak lagi-lagi dengan sokongan penuh kerajaan Malaysia. Saya rasa segala bentuk kekacauan ini kita akan hadap,” tambahnya.

Delegasi terbabit turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lantang menyuarakan pendirian terhadap kekejaman rejim Israel dan menyeru agar laluan selamat diberikan kepada kapal-kapal bantuan ke Gaza.

“Perjalanan ini memberi semangat baharu buat kami kerana disokong penuh kerajaan Malaysia. Kami ucapkan ribuan terima kasih dan berharap doa rakyat Malaysia mengiringi kejayaan misi ini,” katanya.

Misi Global Sumud Flotilla dijadualkan tiba di Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dalam masa terdekat.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Dalam sunyi pagi yang bermula dengan doa dan ditutup dengan kelegaan penuh syukur, sebuah perjalanan panjang akhirnya menemui noktah yang bermakna. Kecekalan, disiplin serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd