Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

AEON Bank, Bank Digital Pertama Patuh Syariah Di Malaysia

AEON BANK (M) BHD yang sebelum ini dikenali sebagai ACS Digital Bhd diumumkan sebagai bank digital patuh Syariah pertama di Malaysia, lapor BH Online.

Ia selepas AEON Bank menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi perbankan digital di Malaysia.

Kelulusan ini diberikan berdasarkan pengesahan BNM terhadap kesediaan operasi bank berkenaan.

AEON Bank adalah syarikat bersekutu AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) dan anak syarikat AEON Financial Service Co Ltd (AFS Jepun).

Advertisement. Scroll to continue reading.

AEON Bank Digital

Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, Raja Teh Maimuman Raja Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, mereka tekad untuk memperkasakan komuniti dengan menawarkan akses kepada perkhidmatan kewangan digital yang mudah, selamat dan terjamin.

Ujarnya, misi utama AEON bank adalah untuk memajukan promosi inklusi kewangan dan perbankan Islam.

“Sebagai salah satu jenama runcit isi rumah yang terkenal di Malaysia, kami berhasrat untuk menyediakan penyelesaian perbankan digital yang mudah diakses, inklusif dan patuh syariah terutamanya kepada pelanggan setia AEON serta seluruh rakyat Malaysia,”katanya.

AEON Bank Digital

Raja Teh Maimunah berkata, AEON Bank merancang pelancaran berfasa untuk aplikasi baharunya, bermula dengan fasa ujian beta eksklusif bersama kumpulan pekerja AEON.

Mereka juga sedar akan kepentingan mengumpul pandangan dan maklum balas dari pengguna dalam mempersiapkan pelancaran aplikasi AEON Bank.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penawaran akses awal kepada sekumpulan pengguna beta terpilih bertujuan untuk memperhalus aplikasi AEON Bank dengan kerjasama mereka agar dapat memenuhi harapan pengguna kami yang lebih luas pada pelancaran penuh,” katanya lagi.

AEON Bank Digital

Artikel lain: Bank Rakyat Salur Pembiayaan Mikro RM50 Juta Kepada 1,856 Usahawan Sepanjang Tahun Lalu

Pengarah Urusan AEON Credit, Daisuke Maeda, pula berkata detik bersejarah ini merupakan langkah yang besar dalam memberi nafas baharu kepada perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Kumpulan AEON.

Ini mengukuhkan lagi komitmen AEON Bank dalam menyokong inklusiviti kewangan.

Sumber: BH Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, melancarkan kempen ‘Thai Help Thai’ bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan harga lebih 3,000 barangan keperluan harian...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd