Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Korban 6 Beranak: Suap Tanpa Dipinta, Adik Tak Sangka Itu Kenangan Terakhir Sebelum Abang ‘Pergi’

Adik Tak Sangka Itu Kenangan Terakhir

“Malam tu saya memang tak minta apa-apa, tapi abang suap saya makan macam dia tahu itu kali terakhir…” kata Nur Adliah Shuhada Ishak, adik kepada Mohammad Azim Izat Ishak, 32, yang maut bersama isterinya dan empat anak mereka selepas kereta Proton Iswara dinaiki mereka ditemui tenggelam di Sungai Korok, hari ini.

Mangsa turut membabitkan isteri arwah, Nurul Hidayah Khalijah Razman Efendi, 31, serta tiga anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izza, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; dan Annayla Humaira Nur Izzat, 7. Seorang lagi anak kembar mereka dilaporkan meninggal dunia pada Februari lalu.

“Saya memang manja dengan abang dan biasanya saya minta dia suapkan makan, tetapi malam tadi tak payah minta dia suap terus.
“Dengan anak-anak dia pun saya rapat, malah abang dan kakak ipar baru saja kehilangan salah seorang anak lelaki kembar, Februari lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Adik Tak Sangka Itu Kenangan Terakhir Sebelum Abang ‘Pergi’

Nur Adliah berkata, pasangan itu keluar dari rumahnya di Taman Seri Aman sekitar 5.30 pagi Sabtu lalu, dan dia hanya menyedari sesuatu tidak kena apabila menerima panggilan daripada ibu mentua abangnya pada jam 7.30 pagi memaklumkan mereka tidak sampai ke Jerlun seperti dirancang.

“Ketika di rumah saya di Taman Seri Aman, abang dan kakak ipar kata mereka mengantuk jadi saya suruh mereka tidur dulu.
“Hari itu saya dapati mereka sudah keluar pada jam 5.30 pagi. Masa itu saya ingat tak ada apa-apa sehingga terima panggilan daripada ibu mentua abang jam 7.30 pagi beritahu mereka tak sampai lagi di rumah di Jerlun,” katanya.

Menurutnya, kereta arwah hanya berjaya dikesan hari ini selepas orang awam memaklumkan tentang penemuan sebuah Proton Iswara di dalam sungai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang segera ke lokasi tergamam apabila melihat bahagian belakang kereta mula timbul di permukaan air.

“Sabtu lalu kami sudah lalu sekitar lokasi sungai itu tetapi tak nampak kereta abang, mungkin ketika itu belum timbul.
“Semalam pun ada orang maklumkan penemuan kereta Proton Iswara seperti ini tetapi kami tengok, bukan kereta abang,” katanya lagi.

Artikel lain: Lelaki Nyaris Maut, Ditembak Ketika Ambil Anak Pulang Sekolah

Tambah Nur Adliah, dia sangat rapat dengan anak-anak saudaranya, terutama yang bongsu kerana turut menjadi ibu susuan kepada anak tersebut.

Malam Jumaat lalu menjadi malam terakhir mereka bermalam di rumahnya. Arwah kakak ipar sepatutnya keluar berniaga roti canai di Pendang pagi itu, namun mereka memilih untuk bermalam di rumahnya lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas gagal menghubungi abangnya pada Sabtu, dia segera membuat laporan polis di Balai Polis Jitra dan memuat naik hebahan kehilangan mereka sekeluarga di Facebook.

Pemergian enam beranak ini nyata meninggalkan kesan mendalam buat Nur Adliah, yang bukan hanya kehilangan abang dan kakak ipar, tetapi juga anak-anak saudara yang amat disayanginya.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Sukan

Pasukan bola sepak negara melonjak dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila menduduki tempat ke-116 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd