Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

ACLE: Nasib Baik Tidak Kalah – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) meluahkan kekecewaannya selepas perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada Selasa.
Menurut laporan Sinar Harian, JDT melepaskan peluang untuk meraih kemenangan di tempat sendiri bertemu Buriram United apabila sekadar seri 0-0 dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) semalam.
Foto: Instagram @officialjohor
Menerusi perkongsiannya di laman komen rasmi Instagram JDT, TMJ menekankan bahawa skuad Harimau Selatan tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Bagi pemilik JDT, Tunku Ibrahim jelas kecewa dengan persembahan para pemainnya dengan beranggapan skuadnya melakukan “kesilapan bodoh” di tempat sendiri.

Foto: Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Beliau juga sedang mengenal pasti punca kepada keciciran mata berharga tersebut selain mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk diperbaiki pada masa akan datang.
“Nasib baik tidak kalah. Terima kasih tak terhingga atas sokongan semua,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Foto: Instagram @officialjohor

JDT mempunyai dua baki aksi fasa liga ACLE yang perlu dihabiskan dengan berdepan Central Coast Mariners (Australia) dan Pohang Steelers (Korea Selatan) dengan kedua-dua perlawanan itu akan diadakan pada 2025.
Sumber: Sinar Harian (Zuraimee Zainal)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd