Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Abah Saya Bukan Tidur Dalam Surau, Cuma Baca Al-Quran..” -Anak Kesal Wanita Halau Bapa

Abah Saya Bukan Tidur Dalam Surau

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf selepas menunaikan solat Subuh.

Lelaki itu difahamkan hanyalah menunggu masuk waktu solat Dhuha sambil membaca al-Quran, namun tindakannya dirakam dan ditegur oleh seorang wanita yang didakwa wakil pengurusan kawasan berkenaan.

Anak kepada lelaki tersebut meluahkan rasa terkilan dan kesal atas kejadian yang berlaku.

“Hari ini tular satu video… seorang pakcik sedang duduk beriktikaf dalam surau di Halaman 11, itu abah saya.
“Seawal pagi, abah ke surau untuk solat Subuh. Lepas solat, macam biasa abah akan duduk sekejap, baca al-Quran sambil tunggu waktu Dhuha. Dah selesai solat sunat Dhuha, baru dia akan gerak balik. Tapi pagi itu, datang seorang wanita dipercayai dari pengurusan dan terus halau abah keluar dari surau,” katanya.

Abah Saya Bukan Tidur Dalam Surau

Menerusi luahannya, anak kepada jemaah tersebut menegaskan bahawa bapanya tidak menimbulkan sebarang kekecohan atau gangguan sepanjang berada di surau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Abah saya bukan tidur dalam surau. Bukan buat bising. Bukan ganggu sesiapa. Dia cuma duduk diam, baca Quran, tunggu waktu Dhuha lepas tu nak balik.
“Dan lebih menyakitkan, dia siap rakam video abah secara terbuka seolah-olah abah ni buat salah besar. Tak ada adab. Tak ada ihsan. Tak ada rasa hormat,” katanya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyoal tindakan pihak terbabit yang menjadikan surau seolah-olah kawasan eksklusif sehingga tiada ruang belas ihsan untuk jemaah warga emas.

“Kita jaga surau, ya. Tapi jangan sampai kita jaga bangunan, tapi lupa jaga adab. Kita boleh halau orang dari surau. Tapi kita tak boleh halau doa dan keluhan mereka dari langit,” ujarnya.

Artikel lain: “Bil Elektrik, Air Hasil Infaq Orang Awam..”- AJK Surau Kesal Wanita Halau Jemaah Sedang Beribadat

Terdahulu, pihak jawatankuasa Musolla Halaman 11 telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan tindakan itu dibuat dengan persetujuan mereka dan menegaskan bahawa surau itu terbuka kepada semua untuk beribadah.

Sumber: FB Azhar Hilmi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd