Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muhyiddin Minta Pertimbang KWSP Bersasar, Bantu Ringankan Beban

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap agar pihak kerajaan mempertimbangan permintaan rakyat untuk mengeluarkan simpanan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Dengar rintihan rakyat, kerajaan perlu pertimbangkan KWSP

Muhyiddin berkata, kerajaan sepatutnya mendengar rintihan rakyat selain memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha memajukan ekonomi negara.

Katanya, sudah menjadi tugas hakiki pihak kerajaan mendengar setiap keluhan dan rintihan yang dilontarkan oleh masyarakat apabila berdepan dengan kesulitan hidup.

“Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. Misalnya, apa salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini,”ujarnya.

Moratorium pinjaman bank pun sama…

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berpendapat pihak bank juga patut bertimbang rasa terhadap para peminjam yang kini terkesan dengan inflasi dan kenaikan OPR.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Begitu juga dengan moratorium pinjaman bank. Bank-bank terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis.
“Bank-bank juga patut turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan OPR,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu, hari ini.

Dah 3 bulan masih tak nampak perubahan

Muhyiddin turut berpendapat sehingga kini masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat meskipun sudah tiga bulan memerintah negara.

“Kita dengar menteri kata kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam. Kalau harga telur mahal, jangan makan telur. Ini bukanlah sesuatu yang rakyat harapkan daripada kerajaan.
“Rakyat harapkan tindakan-tindakan kerajaan sama ada daripada segi dasar, inisiatif atau intervensi tertentu untuk meningkatkan pendapatan rakyat, menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan serta memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan dijual pada harga yang munasabah,”ujarnya lagi.

Sejak kebelakangan ini, isu berkenaan menjadi bualan ramai dan mereka berharap agar pihak kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP bagi meringan beban.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan simpanan KWSP adalah perkara yang penting bagi mengelakkan rakyat ditimpa kesusahan apabila tiba masa bersara kelak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.

Sumber: Sinar Harian (Farah Shazwani Ali & Norhidayah Hairom)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd