Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kalau Pembangkang Main Isu Harga Barang? Saya Yakin Rakyat Kita Cerdik – Rafizi Ramli

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin bahawa rakyat sudah cerdik bagi membuat penilaian berhubung kos sara hidup dan inflasi yang semakin dirasai orang ramai.

Menurut laporan Harian Metro, justeru beliau menegaskan, ia terpulang kepada pembangkang sekiranya mahu membawa isu berkenaan untuk dibahas di Parlimen.

“Sama ada orang kerajaan atau pembangkang hendak bangkitkan, itu soal masing masing. Ada orang yang bertanya kenapa Kementerian Ekonomi cerita pasal harga barang..
“…selalunya kalau orang cakap pasal kementerian ini cerita projek besar, unjuran 10 tahun dan sebagainya. Namun kepada rakyat perkara ekonomi yang paling penting bagi mereka adalah dua perkara saja iaitu harga barang dan juga gaji.
“Ini yang saya kongsi dengan kementerian saya bahawa walaupun kerja ini nampak tidak seksi selalunya orang permainkan tapi ini beri kesan paling besar kepada rakyat.
“Jadi kalau pembangkang memainkan isu inflasi, harga barang, itu terpulang kepada mereka kerana saya yakin rakyat kita cerdik, mereka tahu angka, boleh bandingkan apa yang berlaku setahun dua tahun lalu,” katanya.

Beliau mengulas sekiranya pembangkang menjadikan dua isu tersebut sebagai modal untuk dibawa ke sidang Parlimen ketika ditemui pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

“Usaha untuk kita menguruskan kenaikan harga barang ini perlu berterusan dan perlu komunikasi dengan rakyat setiap bulan, supaya rakyat tahu bahawa kita sudah mencuba yang terbaik.
“Cuma ada perkara yang boleh buat cepat, ada yang ambil masa, yang penting ialah kalau ada tanda-tanda penurunan, rakyat jangan membayar lebih.
“Perkara itu yang kita perlu kerjasama dari rakyat, menjadi pengguna yang peka, semoga kita dapat melihat harga yang lebih reflektif yang dibayar pengguna di premis atau restoran makanan,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Irwan Shafrizan Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd