Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Beli Tanah Di Bali, Puteri Arab Saudi Rugi Lebih RM144 Juta Ditipu Dua Wanita Indonesia

Puteri Kerajaan Arab Saudi, Lolwah Muhammed Abdullah Al Saud dilaporkan mengalami kerugian bernilai ratusan bilion rupiah apabila menjadi mangsa ‘scam‘ atau penipuan dua warga Indonesia.

Menurut laporan Kosmo! Online seperti dipetik CNN Indonesia, mangsa mula berkenalan dengan Eka Augusta Herriyani pada 2008 yang ketika itu bekerja di sebuah syarikat Malaysia dimana salah seorang pemegang sahamnya adalah Puteri Lolwah sendiri.

Puteri Lolwah kemudian diperkenalkan dengan seorang lagi suspek, Evie Marindo Christina yang didakwa boleh membantu bagi mendapatkan lesen di Indonesia berhubung projek pembelian tanah di Bali pada 2009.

Selepas mangsa menyatakan hasrat untuk melabur, dua suspek wanita itu memaklumkan tentang lokasi pembelian tanah dan pembinaan vila yang terletak di Banjar Sala, Daerah Gianyar sekali gus meminta wang perpindahan pada 2011.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tanpa sebarang syak wasangka, Puteri Lolwah berbuat demikian secara ansur-ansuran sehingga mencecah 505,492,047,760 rupiah (RM144.68 juta) dalam tempoh April 2011 hingga September 2018.

Jumlah tersebut kononnya bagi membeli tujuh bidang tanah dengan harga 38.44 bilion rupiah (RM11 juta) dan untuk membina sebuah vila dengan harga 37.61bilion rupiah (RM10.77 juta).

Namun begitu, ia tidak seperti diharapkan kerana Eka dan Evie menggunakan wang selebihnya bagi tujuan peribadi sehingga menyebabkan Puteri Lolwah kehilangan 429,435,771,670 rupiah (RM122.9 juta).

Bukan itu sahaja, mangsa juga pernah menghantar 7 bilion rupiah (RM 2 juta) kepada Eka pada Mac 2018 untuk membeli sebidang tanah di Badung bagi membina restoran, tetapi dibatalkan oleh Puteri Lolwah selain wang itu tidak dikembalikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atas menyalahgunakan wang terbabit, kedua-dua suspek dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dalam kes Jenayah Pengubahan Wang Haram (TPPU).

Terdahulu, kedua-duanya pernah dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana melanggar Perkara 372 Kanun Jenayah berhubung jenayah penyelewengan dan Perkara 378 Kanun Jenayah bagi kes penipuan pada 20 Oktober 2020.

Sumber: Kosmo! Online, CNN Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd