Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Konon Ajak Cuci Rumah, Dua Remaja Culik & Bunuh Rakan Sebab Nak Jual Organ

Media Indonesia baru-baru ini melaporkan bahawa dua orang remaja berusia 14 dan 17 tahun telah ditahan pihak berkuasa dipercayai membunuh rakan mereka berusia 11 tahun di Makassar, Sulawesi Selatan.

Tergoda dengan iklan

Difahamkan, remaja-remaja lelaki tersebut ‘tergoda’ dengan iklan menjual organ dan bercadang membunuh  Muhammad Fadli Sadewa, 11 untuk mendapatkan ginjal dan menjualnya.

Mengaku bersalah bunuh rakan

Menerusi laporan dari detik. com, Muhammad Fadli dipercayai meninggal dunia akibat dicekik dari arah belakang dan kepalanya dihentakkan ke dinding sebanyak lima kali.

Ketua Polis Panakukang, Abdul Azis memaklumkan kedua-dua suspek mengaku bersalah dan mereka melakukan jenayah itu kerana terpengaruh dengan ganjaran yang ditawarkan oleh iklan penjualan organ manusia di Internet.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil siasatan terhadap kedua suspek yang masih pelajar itu, mereka mengaku tertarik dengan harga penjualan organ tubuh manusia.
Mereka melihat (aktiviti penjualan organ) di enjin carian Google,” katanya.

Konon ajak cuci rumah

Suspek yang berusia 17 tahun telah merancang penculikan dengan menunggang motosikal ke Jalan Batua Raya, Makassar untuk menculik mangsa.

Mangsa ditawarkan 50,000 rupiah (RM14) untuk membantu suspek membersihkan rumah dan telah di bawa ke lokasi tersebut.

Namun sesampainya di sana, mangsa telah dicekik dari arah belakang dan kepalanya dihentak ke dinding sebanyak lima kali hingga meninggal dunia.

“Selepas kanak-kanak itu meninggal dunia, suspek mengikat kaki budak itu dan memasukkan mangsa ke dalam plastik berwarna hitam.
“Tidak tahu apa yang perlu dilakukan, suspek kemudian membuang mayat mangsa ke kawasan air kumbahan,”kata Abdul Azis.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mengambil organ ginjal mangsa kerana iklan yang mereka temui sudah tiada di internet.

Mayat mangsa telah ditemui pada Selasa lalu dan kedua-dua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nak bina rumah dari duit yang akan diterima

Ditanya mengapa melakukan pembunuhan tersebut, remaja berkenaan mengatakan yang mereka mahu mendapatkan wang dan berniat membina rumah hasil daripada pekerjaan kejam tersebut.

Sumber: detik.com (Agil Asrifalgi), Twitter @makkyjhon

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd