Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang remaja perempuan Singapura diejek sesetengah netizen kerana berkongsi video menzahirkan rasa gembira menerima hadiah beg berjenama pertamanya dari bapa tersayang.
Netizen kutuk tu jenama murah
Namun, sebahagian pengguna TikTok mengatakan jenama bag Charles & Keith bukanlah jenama mahal dan mentertawakan remaja tersebut kerana menganggap ia adalah pemberian mewah.
@zohtaco thank you dad 🥹
Bersyukur dapat hadiah dari bapa, sedar taraf kewangan
Selepas ada yang meninggalkan komen memperkecilkan pemberian bapanya, remaja yang menggunakan nama akaun @zohtaco telah memuat naik video mengatakan yang dia sangat gembira dan bersyukur dengan hadiah yang diterima.
Ujarnya, dia tahu mungkin ramai menganggap beg tersebut murah, namun padanya, dia sangat terharu kerana sedar tahap kewangan keluarganya.
@zohtaco thank you everybody <3 also a reminder that everyone’s life experiences and financial circumstance will be different from yours 🙂 remember what is cheap for you may everything to another 😃👍🏻
Pengasas ajak makan bersama
Susulan daripada isu tersebut, @zahtaco telah mendapat perhatian daripada pengasas jenama Charles & Keith sendiri dan mengajaknya untuk bertemu.
Menerusi perkongsian dari media Singapura, mothership, pihak Charles & Keith menerusi kenyataannya telah mengajak remaja terbabit dan keluarga makan tengahari bersama.
“Hati kami benar-benar tersentuh apabila melihat video dan komen-komen (netizen di TikTok Zoe). Tiada tempat untuk pembuli, tetapi kami sangat kagum dengan budi bicara dan kerendahan hati Zoe dalam menangani situasi ini dengan bijak jauh melebihi usianya,” kata jurucakap jenama terbabit.
Kedai ramen pun nak belanja juga
Selain daripada Charles & Keith, sebuah restoran tempatan, Takagi Ramen, turut menawarkan baucar bernilai S$80 kepada remaja itu. Jadi, menerusi TikTok @zohtaco, dia telah membawa bapa dan adik lelakinya datang ke premis tersebut untuk menjamu selera.
@zohtaco thank you takagi ramen for the treat! eternally grateful <33 and happy 14k followers :0!! woaaah
https://www.facebook.com/takagiramenshop/posts/pfbid0GCWxGqezEg1SzX7TAEJa5Kpnb6FSHHDjHsVSzd8sEyjgdUJMKr1BvGah1gq6kfjHl
Difahamkan, remaja yang berasal dari Filipina itu telah menetap di Singapura hampir 13 tahun. Pada awalnya hanya ibu dan bapa sahaja tinggal di negara tersebut sebelum dia dan adik beradik yang lain menyusul.
Sumber: TikTok @zohtaco, mothership (Hannah martens)