Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Terjadi Lagi! Pemain Thailand Kena Laser Penyokong Malaysia Di Bukit Jalil

Perlawanan antara pasukan bolasepak Malaysia dan Thailand pada saingan Piala AFF Mitsubishi 2022 malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berlangsung panas apabila beberapa keputusan pengadil tidak disetujui oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Pengadil dari Korea Selatan dikritik

Salah satunya adalah tindakan pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Young yang membatalkan gol ditanduk Dominic Tan sehingga meranapkan impian Malaysia membawa bekal 2-0 ke Bangkok Selasa ini.

Selain itu, pihak media Thailand juga menyelar pengurusan AFF yang tidak menggunakan tekonologi pembantu pengadil (VAR) dalam saingan kali ini sedangkan liga Thailand telah pun menggunakannya.

Sinar laser di stadium

Dalam sela-sela kejadian tersebut, penampakan sinaran laser juga menjadi perhatian media apabila  pertahanan tengah Thailand, Pansa Hemviboon yang tepat dihalakan ke arah kepalanya sewaktu insiden pelanggaran sesama sendiri dengan penjaga gol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

pernah jadi dulu

Hal tersebut rancak diperkatakan oleh penyokong negara serantau terutamanya oleh penyokong Indonesia kerana pernah berlaku pada 2010 ketika final AFF Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Indonesia bertemu Malaysia sehingga mereka menjadikan isu tersebut sebagai sebab skuad Garuda itu tewas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu juga berulang semula sewaktu semi final ketika Malaysia bertemu Vietnam yang juga di SNBJ pada tahun 2014.

Gambar pemain pasukan Thailand yang dihalakan sinaran laser telah tular apabila akaun Twitter @theaseanball memuat naiknya pagi tadi.

Ia sudah tentu menjadi perdebatan ramai dan rata-rata penyokong luar mengkritik perkara tersebut.

Diharap agar para penyokong yang hadir ke stadium menjaga tatasusila dan tindakan supaya pasukan negara kita tidak menjadi ‘mangsa’ kepada kedegilan sesetengah penyokong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Twitter @theaseanball

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd