Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Dah Beli Kanvas Tutup Padang SNBJ..”- KBS Komited Bawa Penambahbaikan Fasiliti

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah membeli kanvas baharu bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Pembelian itu adalah bagi memastikan kelancaran sewaktu perlawanan bola sepak yang berlangsung di SNBJ yang sebelum ini sentiasa menjadi isu apabila dilanda hujan lebat.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi hantaran di laman Twitter miliknya semalam.

Beliau juga dilihat hadir bersama memeriahkan perlawanan hidup mati antara Malaysia dan Singapura bagi umpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Stadium Malaysia telah membeli kanvas baru bagi menutup permukaan padang SNBJ semasa hujan,”ujarnya.

Hannah juga memberitahu pihak kementeriannya iaitu KBS sedia komited untuk membawa penambahbaikan fasiliti dari semasa ke semasa bagi membangunkan mutu sukan negara.

Dalam pada itu, Hannah juga menzahirkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang pernah meminjamkan kanvas padang di SNBJ.

“Menjunjung kasih kepada @HRHJohorII yang meminjamkan kanvas padang sebelum ini. Terima kasih sukarelawan Satria @JBS_Negara,” tulisnya.

Ciapan berkenana turut disambut baik oleh Tunku Ismail dengan menzahirkan rasa yakin dengan komitmen KBS dibawah kepimpinan Hannah Yeoh dalam membangunkan sukan negara.

Terdahulu, isu pinjam kanvas bagi menutup permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) setiap kali adanya perlawanan besar sering menjadi perhatian terutama ketika cuaca hujan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dan, antara individu penting yang sentiasa menjadi sorotan tiap kali berlangsungnya perlawanan bola sepak ialah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak lokek meminjamkan kanvas milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Sumber: Twitter @hannahyeoh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd