Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bukan Milik Sendiri, PM Akan Pulangkan Kenderaan EV Hadiah Endogan Kepada Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan kenderaan elektrik (EV) TOGG yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, selagi memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik sahaja selesai menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri, kenderaan itu akan dipulangkan semula kepada negara.

Difahamkan, Erdogan menghadiahkan kenderaan tersebut kepada beliau tanda persahabatan antara kedua-dua negara.

EV

Foto: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.
” Saya boleh guna selagi saya menjadi Perdana Menteri tetapi selepas itu kena serah balik kepada negara,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Kenderaan TOGG itu diterima sebagai hadiah sempena lawatan rasmi Presiden Turkiye ke Malaysia dan juga sebagai simbol hubungan mesra antara Malaysia dan Turkiye.

Artikel lain: Dua Minit Bertarung Nyawa, Pengunjung Hampir Jatuh Buaian Kabel Di Turkiye

Anwar turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan kenderaan tersebut semasa meninjau persiapan menyambut kedatangan Erdogan ke negara ini.

“Semalam, saya kebetulan cuba mobil EV yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye… beliau hadiahkan kepada Perdana Menteri tapi bagi saya kepada negara, ia bukan hak saya,” jelas Anwar lagi ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri juga menekankan bahawa kenderaan itu bukan miliknya secara peribadi, tetapi lebih kepada hadiah untuk negara Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohd Iskandar Ibrahim)

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd