Empat platform media sosial, seperti Facebook, TikTok, WhatsApp dan Telegram telah menjadi pilihan utama lubuk scammer (jenayah penipuan) sepertimana yang diujar oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Fahmi berkata bahawa platform-platform itu menyaksikan jumlah penipuan yang tinggi mencecah jutaan ringgit dengan Facebook sahaja dianggarkan mencecah RM500 juta pada tahun 2023.
Empat platform media sosial jadi lubuk scammer
Foto: Carian Google
“Bagi 2023, jumlah penipuan melalui Facebook sahaja dianggarkan mencecah RM500 juta. Setakat ini, maklumat terkini masih belum diperoleh tetapi secara keseluruhannya jumlah itu jauh lebih besar.
“Menurut maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, terdapat lebih kurang 14 jenis penipuan yang dilakukan melalui media sosial. Selain itu, terdapat juga jenayah scam dalam bentuk panggilan telefon dan pertemuan bersemuka,” katanya sewaktu merasmikan Program Ihsan MADANI di Tumpat, hari ini.
Namun begitu maklumat terkini masih belum diperoleh tetapi berpotensi jauh lebih besar berbanding jumlah sedia ada yang dicatatkan.
Populariti yang diraih oleh keempat-empat platform berkenaan yang semakin memuncak dalam kalangan pengguna menjadi pendorong utama penjenayah untuk melakukan penipuan.
Foto: The Straits Times
Artikel lain: Telegram Platform Ketiga Terima Pelesenan Media Sosial Di Malaysia
Lebih mengeruhkan keadaan apabila kalangan rakyat yang kurang peka mengenai modus operandi sindiket penipuan dalam talian yang sering berubah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan beberapa langkah telah diambil untuk menangani isu berkenaan termasuk melesenkan platform media sosial, selain mengetatkan peraturan serta memperkenalkan takrif baharu penipuan menerusi pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang telah diluluskan dalam sidang dewan Negara.
Sumber: Free Malaysia Today