Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harumkan Nama Negara, Dua Pesilat Dinaikkan Pangkat Sarjan

Pesilat negara, V Thamaraj yang mencipta sejarah apabila menjadi atlet berbangsa India pertama bergelar juara dunia dalam sukan silat akan dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dua atlet pesilat dinaikkan pangkat Sarjan

Pesilat Dinaikkan Pangkat Sarjan

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian,  Setiausaha Persatuan Silat ATM, Mejar Noorsyahiddawati Abdullah Sani, kenaikan pangkat ini merupakan penghargaan buat Thamaraj yang berjaya memenangi pingat emas dalam kategori bebas putera di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Artikel lain: ATM Pandang Serius Kes Aniaya Pegawai Kadet UPNM, Ambil Tindakan Tegas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Fauzan Hadi, pesilat ATM yang turut memenangi emas dalam kategori silat kreatif tunggal putera, juga akan menerima kenaikan pangkat yang sama.

“Mereka akan dipakaikan pangkat Sarjan pada 2 Januari ini, sebagai penghargaan buat mereka yang berkhidmat dalam Kor Polis Tentera Diraja.
“Mereka ini sememangnya layak untuk dipakaikan pangkat kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan ATM di pentas antarabangsa,” katanya ketika ditemui menyambut kepulangan pesilat negara dari Abu Dhabi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Thamaraj, 29, berjaya menewaskan pesilat Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyobek di perlawanan akhir untuk meraih pingat emas dan bergelar juara dunia.

Pesilat Dinaikkan Pangkat Sarjan

Foto: TikTok fifty7k.sportswear

Fauzan pula mengungguli acara silat kreatif tunggal putera dengan meraih 9.960 mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Thamaraj yang telah berkhidmat selama 10 tahun bersama ATM berkata kenaikan pangkat itu memberikan motivasi kepada dirinya untuk melakar le bih banyak kejayaan untuk negara.

“Saya bersyukur kerana ATM menghargai pengorbanan saya, ini pastinya akan meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus bekerja keras bagi meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Universiti Malaya (UM) mengesahkan menerima laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor UM di universiti berkenaan. Susulan laporan tersebut, pihak UM memaklumkan...

Lokal

Seorang tukang sapu sebar serta jual kandungan video papar kegiatan ‘swinger’ telah didenda RM80,000 atas empat pertuduhan terlibat kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar...

Politik

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri, telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis daripada 12 pertuduhan yang dihadapinya. Foto: Sinar...

Nasional

Jemaah Menteri yang merupakan alumni Universiti Malaya (UM) dicadangkan membuat sumbangan dana RM10,000 untuk Tabung University Malaya Endowment Fund (UMEF) oleh Perdana Menteri, Datuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd