Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sanusi Tunai Tanggungjawab, Mahu Tuntut Pulau Pinang – “Memang Hak Kedah”

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi mahu tuntut Pulau Pinang, namun sebarang tindakan akan dipastikan sesuai dengan keadaan semasa dan selari perkembangan dunia moden.

Memetik laporan Utusan, Sanusi yang mewakili Kerajaan negeri Kedah berkata langkah seterusnya akan dibuat setelah kerajaan negeri mendengar segala pembentangan.

Sanusi tunai tanggungjawab, mahu tuntut Pulau Pinang

Sanusi Mahu Tuntut Pulau Pinang

Foto: Sinar Harian

Pembentangan tersebut akan disampaikan oleh pasukan pengkaji yang terdiri daripada pakar undang-undang, ahli sejarah dan penyelidik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita bukan gila malah tak akan tubuh pasukan tentera untuk serang Pulau Pinang. Apa yang dilakukan Kedah ini tak salah kerana kita hanya kembali kepada perkara asas seperti mengapa negara ini ditubuhkan, apakah dokumen ini mengikat kita serta sejauh mana ikatan itu berlaku serta dikuatkuasakan.
“Apabila kita rasa kepentingan kita diabaikan dan tidak didengar, ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan itulah yang saya buat. Saya bukan menentang perlembagaan, (Yang di-Pertuan) Agong serta gugat kestabilan atau keamanan seperti didakwa pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Terdahulu, pada sesi penggulunggan, Muhammad Sanusi berkata tiada siapa yang boleh atau berani memadan hakikat itu dan ia perlu diakui semua pihak.

Sanusi Mahu Tuntut Pulau Pinang

“Jangan kata saya nak tuntut Pulau Pinang, memang saya nak tuntut, memang hak Kedah pun. Cumanya kita faham telah berlaku perubahan, peredaran dan perkembangan semasa tetapi sejarah tak boleh dipadam.
“Pasukan pengkaji akan bentang kepada kerajaan negeri bulan depan. Dari awal dibayar RM10,000 untuk pajakan Pulau Pinang. Apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri kali kedua, ditambah RM10 juta yang disebut sebagai bayaran pemberian khas.
“Kita harap pada masa depan selepas dikemukakan alasan serta fakta yang tak dapat disangkal, hal ini akan berubah. Kalau bukan RM100 juta, mungkin jadi RM300 juta,” ujarnya.

Katanya, usaha itu akan meleraikan banyak isu, antaranya bayaran air di Sungai Muda, sempadan kedua-dua negeri, bayaran pajakan serta nilai sebenar yang patut dibayar kepada Kedah.

Sumber: Utusan (Mohd Rafie Azimi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain. Menerusi...

Sosial

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi beberapa hantaran...

Bisnes

Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) meletakkan satu tanda aras baharu sejak dilancarkan pada tahun 2018 sebagai pemangkin strategik para usahawan terus melebarkan jaringan...

Dunia

Seorang pempengaruh media sosial transgender Indonesia, Isa Zega didakwa melakukan penghinaan terhadap agama Islam apabila memakai telekung untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd