Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan keputusannya untuk tidak meneruskan kontrak selepas tiga tahun memimpin kelab tersebut.
Foto: Facebook Sabah Football Club
Dalam kenyataan rasminya hari ini, beliau menyatakan rasa syukur yang mendalam kerana diberi peluang memimpin kelab bola sepak yang hebat itu.
Perlawanan terakhir Sabah FC menentang PT Athletic dalam saingan Unifi Piala Malaysia pada 23 November ini, menandakan penutup kepada tempoh perkhidmatannya.
Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) Datuk Shahelmey Yahya, serta pihak pengurusan tertinggi Sabah FC atas kepercayaan dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Foto: Facebook Sabah Football Club
Pada masa sama, beliau turut memuji para pemain atas komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan, baik di dalam mahupun di luar padang. Penghargaan khas turut diungkapkan kepada pegawai sokongan yang telah memberikan usaha tanpa henti di sebalik tabir.
“Kepada pegawai sokongan, penghargaan yang tinggi saya berikan atas usaha tanpa henti daan komitmen anda di belakang tabir. Kepakaran dan semangat anda adalah tunjang kepada segala pencapaian kita selama ini,” ujarnya.
Walaupun tidak lagi memimpin Sabah FC, beliau menegaskan akan terus menjadi penyokong setia dan berharap kelab dapat terus maju dan berjaya pada masa hadapan.
Sumber: X OKS