Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kakitangan RTM Luah Rasa Kecewa, Dakwa Sudah Beberapa Bulan Tidak Dibayar Gaji

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak dibayar gaji selama.

Menerusi satu hantaran di LinkedIn, kakitangan bernama Noor Ainun Jariah Noor Harun berkata walaupun sudah hampir dua bulan berkhidmat, dia masih belum menerima gaji pertama.

Kakitangan RTM dakwa tidak dibayar gaji selama beberapa bulan

Kakitangan RTM Tidak Dibayar Gaji

Katanya lagi, pihak atasan syarikat tersebut seringkali memberi alasan berbeza setiap bulan disamping berkata kakitangan di syarikat itu hanya perlu bersabar.

“Pihak atasan selalu cakap ‘Jangan risau, anda pasti dapat gaji. Bukannya kami tak bayar langsung. Harap bersabar’. Pendekatan ini sangat tidak bertanggungjawab.
“Macam mana pekerja boleh bertahan kalau gaji tak dibayar tepat pada masanya?” katanya.

Dalam pada itu, Noor Ainun Jariah juga berkata kakitangan sudah banyak kali membuat aduan rasmi kepada Ketua Pengarah RTM dan pihak atasan lain, namun masih tiada sebarang tindakan yang diambil.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mungkin ada yang mencadangkan untuk buat aduan rasmi atau hantar e-mel kepada Ketua Pengarah atau pihak atasan lain. Saya bagitahu anda, langkah-langkah ini sudah banyak kali diambil.
“Ada sebarang penambahbaikan? Tiada. Isu-isu ini hanya ditangani dengan penyelesaian sementara dan bukannya penyelesaian jangka panjang,” luahnya.

Pada masa yang sama, kakitangan ini juga mendedahkan sistem yang diguna pakai di RTM sudah ketinggalan zaman disamping selalu mengalami kerosakan.

“Sistem yang digunakan pula sudah ketinggalan zaman dan tidak cekap. Contohnya, mesin rekod kehadiran selalu rosak, sehingga kakitangan terpaksa isi borang berulang kali untuk sahkan waktu masuk kerja,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun isu ini pernah diketengahkan sebelum ini, namun pihak RTM tetap tidak membuat sebarang perubahan sehinggakan dirinya telah berputus asa untuk menerima maklum balas daripada syarikat itu.

“Kalau bersuara jadikan saya ‘pekerja yang buruk’, biarlah. Sudah banyak peluang yang diberikan kepada RTM untuk menangani isu-isu ini.
“Selepas laporan dari media tentang masalah ini, perubahan sepatutnya dilakukan. Tetapi, tiada apa-apa yang berubah,” katanya.

Susulan itu, Noor Ainun Jariah tidak lagi mengharapkan maklum balas daripada RTM namun menggesa Kementerian Komunikasi untuk mengambil tindakan bagi menangani isu ini.

Menurutnya, walaupun kerajaan mempromosikan pendigitalan sistem dan meningkatkan kelestarian alam sekitar, ia bertentangan dengan sistem yang digunakan di RTM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, dia tidak akan berhenti menyuarakan isu ini sehingga dia menerima maklum balas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Sudah tiba masanya untuk berhenti memberi alasan dan mula menuntut kebertanggungjawaban. Saya tidak akan berhenti menyuarakan isu ini sehingga saya menerima maklum balas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noor Ainun Jariah turut memuat naik beberapa foto tangkap layar memaparkan luahan dari rakan sekerja lain yang turut menghadapi isu yang sama.

Kakitangan RTM Tidak Dibayar Gaji

Kakitangan RTM Tidak Dibayar Gaji

Kakitangan RTM Tidak Dibayar Gaji

Harap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat la, kesian rakan penulis kita….

Sumber: LinkedIn Noor Ainun Jariah Noor Harun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd