Bahang FIFA Piala Dunia 2022 sudah pun dirasai apabila para peminat bola sepak dunia sudah mulai berjaga malam menyaksikan temasya yang berlangsung empat tahun sekali ini.
Pada tahun ini, Qatar telah menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia 2022 dengan majlis pembukaannya diadakan cukup gemilang pada Ahad lepas.
Namun, baru beberapa hari sepak mula berlangsung, tular kejadian ngeri apabila seorang pemain Arab Saudi mengalami kecederaan susulan bertembung dengan penjaga gol pasukannya sewaktu menentang pasukan Argentina.
Cedera ‘dilutut’ penjaga gol sendiri
Yasser Al Shahrani disahkan mengalami kecederaan patah rahang, tulang muka dan pendarahan dalaman selepas menerima terjahan lutut dari penjaga gol pasukannya sendiri iaitu Mohammed Al-Owais.
Menerusi laporan dari media tempatan, 7news, pelanggaran tersebut menyebabkan Yasser Al Shahrani melantun semasa mendarat dan dia tidak berganjak.
Lambat terima rawatan
Apa yang membuatkan ramai kesal adalah tindakan pengadil, Slavko Vincic masih membenarkan perlawanan diteruskan. Vincic mengambil masa hampir 20 saat sebelum berlari ke Al Shahrani dan barulah meminta rawatan perubatan.
Sempat tunjuk tanda bagus
Penjaga gola Arab Saudi dalam keadaan emosi itu telah meletakkan tangannya di kepala rakan sepasukan serta memberi isyarat supaya doktor bergegas membantu Al Shahrani.
Pemain berusia 30 tahun itu kemudiannya terpaksa ditarik keluar dari padang dan turut sempat memberikan tanda ‘bagus’ ketika dia keluar dari stadium.
Putera Salman sediakan jet peribadi
Susulan daripada itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman telah meminta untuk pemain tersebut diterbangkan ke Jerman menggunakan jet peribadinya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas insiden ngeri tersebut.
Difahamkan, Al Shahrani mengalami kecederaan patah tulang rahang dan patah tulang pipi. Tempoh rawatan juga memakan masa beberapa bulan.
Walau bagaimanapun, ada dakwaan bahawa gambar x-ray keadaan rahang pemain tersebut yang tersebar di media sosial adalah palsu dan dia memberitahu bahawa dalam keadaan baik baik sahaja.
WATCH#SaudiArabia defender #YasserAlShahrani reassures fans from a hospital bed after he suffered a horror head injury in the closing moments of his team’s historic 2-1 win over #Argentina in the #FIFAWorldCup #Qatar2022 on Tuesday.
Via @SaudiNT_EN pic.twitter.com/J2aMZ82Yo3— Qatar Tribune (@Qatar_Tribune) November 23, 2022
Dalam pertembungan Arab Saudi dan Argentina semalam, pasukan underdog itu berjaya menumpaskan pihak lawan dengan jaringan 2-1.
Hal tersebut pastinya membuatkan seluruh rakyat Arab Saudi bergembira kerana meraih kemenangan ke atas pasukan yang terdiri daripada pemain bintang, seperti Lionel Messi.
Sumber: 7news