Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah Angkat Martabat Warisan, Rai Pelbagai Budaya

Jabatan Muzium Malaysia mengambil insiatif menganjurkan program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah yang berkonsepkan muzium bersama komunikasi.

Difahamkan, program ini dijadikan sebagai platform dan usaha progresif dalam mengangkat dan memartabatkan pelbagai warisan tradisi, seni, budaya serta sejarah khususnya di Kedah.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim berkata, program yang berlangsung selama dua hari  iaitu dari 25 Oktober 2025 hingga 26 Oktober 2023 turut bermatlamat memperkukuh perpaduan nasional rakyat berbilang kaum.

Ia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi tonggak kekuatan identiti negara Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun ini, tema Muzium dan Komuniti telah diangkat memandangkan ia mempunyai dua entiti yang saling melengkapi antara satu sama lain bagi tujuan pembentukan sahsiah dan jati diri masyarakat.

Keupayaan muzium untuk mempelbagaikan proses penyampaian maklumat dan memberikan pendidikan kepada pelajar dan masyarakat terhadap sejarah, budaya dan masyarakat dalam membentuk identiti serta meningkatkan kesedaran terhadap warisan tempatan.

Pelbagai program giat dilaksanakan seperti Bicara@Muzium, Bermalam di Muzium, IPIM, Ambang Merdeka, Kenali Muzium Kota Kuala Kedah, Sambutan Minggu Perpaduan peringkat Negeri Kedah dan Program outreach ke sekolah-sekolah di Kedah, selain program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah.

Artikel lain: Bersatu Padu! Hampir 2,300 Peserta Pelbagai Kaum Sertai Karnival Liga Sukan Uniti 2024

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin menyempurnakan program selama dua hari bermula Jumaat anjuran Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Kota Kuala Kedah itu.

Hadir sama, Pengarah Kolej Poly Tech Mara, Nor Asmah Said; Timbalan Ketua Pengarah Permuziuman Jabatan Muzium Malaysia, Mohd Razaimi Hamat dan Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri.

 

Pada tahun ini, program terbabit diadakan dengan satu cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records berpakaian tradisional melayu di perkarangan Muzium Kota Kuala Kedah melibatkan 1000 orang peserta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof, telah didakwa atas pertuduhan menjadi ahli...

Politik

Tindakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pertikai isu PMX dan menjadikan nama Allah dan Rasul sebagai bahan sinis dan...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pelancong dari China meluahkan rasa kesal ketika melancong di  Malaysia. Menurut perkongsiannya melalui laman Xiaohongshu, pelancong memberitahu dia tidak...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited melaksanakan hasrat kerajaan melalui Belanjawan 2025 berhubung bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ia adalah sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd