Syarikat induk Facebook iaitu Meta diarahkan untuk hadapi tuntutan mahkamah oleh negeri-negeri di Amerika Syarikat (AS) yang menuduhnya menjadi punca remaja ketagih menggunakan platform Facebook dan Instagram sehingga menyebabkan masalah mental.
Memetik laporan Reuters, Hakim Persekutuan di California, Yvone Gonzalez Rogers Meta untuk membatalkan tuntutan yang dibuat oleh negeri-negeri dalam dua tuntutan mahkamah berasingan yang difailkan tahun lalu.
Meta hadapi tuntutan mahkamah di AS
Salah satu daripadanya membabitkan lebih daripada 30 negeri termasuk dari California dan New York dan satu lagi dibawa oleh Florida.
Bagaimanapun, Rogers menetapkan beberapa had terhadap tuntutan negeri-negeri itu dan bersetuju dengan Meta bahawa undang-undang Persekutuan dikenali sebagai Sekysen 23o yang mengawal platform dalam talian, sebahagiannya melindungi syarikat itu.
Keputuasn itu membuka jalan bagi negeri dan plaintif lain untuk mendapatkan lebih banyak bukti serta berpotensi untuk dibicarakan di mahkamah, namun ia bukanlah keputusan mukatamad mengenai merit kes itu.
Dalam pada itu, Peguan Negara California, Rob Bonta berkata Meta perlu bertanggungjawab atas kemudaratan yang mereka telah timbulkan.
“Meta perlu dipertanggungjawabkan atas kemudaratan yang sangat nyata yang telah yang disebabkan oleh syarikat itu terhadap kanak-kanak di California dan di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, peguam untuk plaintif ‘tuntutan kecederaan peribadi’, dalam kenyataan bersama, berkata keputusan itu satu kemenangan penting bagi golongan muda di seluruh negara yang terjejas secara negatif kerana bahaya ketagihan platform media sosial.
Jurucakap Meta berkata syarikatnya tidak bersetuju dengan keseluruhan keputusan itu kerana ia sudah ‘membangunkan banyak alat untuk menyokong ibu bapa dan remaja termasuk Akaun Remaja baharu di Instagram dengan perlindungan tambahan.
Ratusan saman sudah difailkan oleh pelbagai plaintif, menuduh syarikat media sosial merancang algoritma yang menyebabkan ketagihan, kebimbangan, kemurungan dan masalah imej badan dalam kalangan remaja, serta gagal memberi amaran mengenai risiko itu.
Sumber: Reuters