Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Armada Tentera Laut Rusia Berlabuh Di Georgetown Hingga Khamis

Malaysia memberi kebenaran kepada kapal daripada Armada Pasifik Russia untuk berlabuh di Georgetown, Pulau Pinang sejak semalam hingga Khamis ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) hari ini mengesahkan Armada Pasifik Tentera Laut Rusia berlabuh di George Town bermula Isnin hingga 17 Okt.

Foto: Harian Metro

Ia membabitkan korvet Gromkiy, Rezkiy, Aldar Tsydenzhapov serta kapal penangki Pachenga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin, berkata armada itu dipercayai terdiri daripada korvet Gromkiy, Rezkiy, Aldar Tsydenzhapov dan kapal Pecheng, berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) di George Town.

Media tempatan sebelum ini melaporkan kerajaan memberikan kebenaran untuk armada berkenaan berlabuh di Pulau Pinang termasuk kapal Pecheng.

Foto: Defence Security Asia

Sementara itu, menurut Kedutaan Rusia beberapa acara akan diadakan bersempena kunjungan armada berkenaan termasuk upacara memperingati ulang tahun ke-110 tenggelamnya Kapal Tentera Laut Rusia Zhemchug (Pearl) ketika ‘Battle of Penang’ pada Perang Dunia I.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Upacara meletak kalungan bunga juga akan diadakan di Pulau Jerejak, lokasi 11 anggota kru Zhemchug disemadikan selain majlis resepsi atas satu daripada armada itu di Pelabuhan George Town esok.

Foto: Newsroom IIUM

Satu mesyuarat rasmi yang akan dihadiri Duta Rusia ke Malaysia Nail Latypov turut dijadual diadakan atas armada itu pada 16 Okt diikuti lawatan ke kapal berkenaan yang dibuka kepada penduduk tempatan dari 9 pagi hingga 1 petang.

Zhemchug (Pearl) tenggelam akibat diserang oleh kapal Jerman SMS Emden pada malam 28 Okt 1914 yang mengakibatkan 88 kelasi Rusia terbunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kebanyakan jasad kelasi yang maut disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Barat di sini dan sebahagian lagi di Pulau Jerejak.

Menurut Agensi Berita Rusia, Gromkiy, Rezkiy dan Aldar Tsydenzhapov belayar untuk melaksanakan tugas di kawasan Asia-Pasifik (APAC).

Kementerian Luar pada kenyataan 25 September lalu berkata, kerajaan menggariskan beberapa syarat untuk kemasukan armada itu ke perairan negara.

Katanya, kapal dan anak kapal Russia perlu mematuhi perundangan Malaysia dan peraturan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berada di perairan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semasa kapal berada di pelabuhan, penggunaan peralatan penghantaran elektronik harus dikurangkan ke tahap minimum dan langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk menjaga keselamatan kapal dan anak kapal mereka,” kata kementerian.

Kementerian Luar berkata, sebarang perbelanjaan sepanjang armada itu menjalani latihan di negara ini tertakluk di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Russia.

“Kementerian Luar memanfaatkan peluang ini untuk mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan Russia,” ujarnya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan, China dan Russia sedang melaksanakan latihan anti kapal selam di perairan Pasifik, selepas menyertai latihan tentera laut Beibu/Interaction 2024 sejak September lalu.

Sumber: Malaysiakini, Harian Metro (Luqman Hakim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd