Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kunjungan Kapal China Tidak Langgar Peraturan – Mohamad

Kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini dikatakan tidak terkait dengan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan negara, termasuk urusan diplomatik.

Foto: Kosmo!

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kunjungan kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang, China itu telah diluluskan dan dibenarkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Permohonan diplomatik dari kedutaan China jelas ada, yang memohon perkara berkenaan, untuk membuat lawatan ke sekolah yang berunsurkan dan berlatar belakang Konfusianisme dan lain-lain.
“Ini ada diuruskan oleh pihak keselamatan dan yang lain itu kita harap kalau ada apa-apa pelanggaran daripada pihak mereka, akan disiasat.
“Tapi setakat ini, memang jelas apa yang dimohon dalam permohonan diplomatik tersebut, ia tidak melanggar apa-apa peraturan negara kita,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamad menjelaskan, acara meriah yang menyambut ketibaan mereka sebelum ini adalah bertujuan meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memberi kenyataan bahawa sambutan meriah terhadap dua kapal laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang adalah ‘tidak masuk akal’.

Sumber: Berita Harian (Mohd Nasaruddin Parzi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd