Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiga Pelajar UiTM Maut Kemalangan, Zambry Ucap Takziah – “Semoga Roh Dicucuri Rahmat”

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menzahirkan ucapan takziah buat keluarga tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura, Kuala Terengganu malam tadi.

Foto: Facebook Menteri Zambry Abd. Kadir

“Mendapat perkhabaran duka, tiga orang pelajar UiTM Dungun yang terlibat dalam kemalangan lewat petang tadi (semalam) dan telah kembali ke rahmatullah.
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga roh kesemua mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menempuhi ujian ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook awal pagi tadi.

Foto: Bernama

Menurut kenyataan UiTM Cawangan Terengganu, lokasi kemalangan maut itu berlaku berhadapan kampus berkenaan melibatkan empat penuntut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan cedera parah.

Foto: X Mynewshub

“Muhammad Ammar Danish kini dirawat di Hospital Dungun dan akan dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.
“Pihak universiti berdukacita atas kejadian yang berlaku dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga Allah permudahkan urusan keluarga mangsa,” jelas kenyataan itu.

Foto: X Mynewshub

Tambah kenyataan itu, pihak universiti turut menzahirkan dukacita berhubung insiden tersebut, sekali gus menyediakan bantuan dan sokongan kepada kesemua keluarga mangsa nahas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Zamry Ab. Kadir, X UiTM Dungun

Avatar
Written By Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular yang melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di...

Lokal

Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan pilihan hatinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung pada 24,...

Lokal

Selepas kantoi berparti dalam balai, seorang pegawai berpangkat Inspektor dan tiga anggota dari sebuah balai polis di Shah Alam dipindah keluar serta-merta dari Selangor...

Sosial

Tindakan juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov memuat naik gambar di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) mengundang perhatian warganet Indonesia. Gambar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd