Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MP Pasir Gudang Tidak Setuju Cuti Hujung Minggu Di Johor Ditukar Kepada Sabtu Dan Ahad

Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengemukakan rasa tidak setuju berhubung pengumuman cuti hujung minggu di negeri Johor yang akan ditukar semula kepada hari Sabtu dan Ahad.

Foto: malaysiakini

Menerusi satu hantaran di Facebook, Hassan berkata cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu di Johor bukan sekadar cuti biasa namun memiliki makna dari sejarah dan budaya negeri itu sendiri.

“Johor adalah sebuah negeri Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu dari kumpulan Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu. Sama seperti negeri-negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah.
“Di negeri-negeri Melayu tidak bersekutu ini, cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu,” katanya menerusi kenyataan tersebut pada Selasa.

Beliau menjelaskan, Jumaat merupakan hari yang mulia dalam Islam dan mempunyai pengertian besar bagi masyarakat Islam seluruh dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, perubahan berkenaan tidak akan bertahan lama kerana rakyat Johor tidak menyokongnya seperti yang berlaku beberapa tahun lalu.

“Tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor.
“Perubahan untuk menjadikan Jumaat sebagai hari bekerja dan Ahad sebagai hari cuti di Johor pernah berlaku beberapa tahun yang lalu.
“Tetapi perubahan itu tidak bertahan lama kerana rakyat Islam di Johor tidak menyokongnnya,” ujarnya.

Menurutnya, sebagai rakyat biasa yang juga seorang ahli parlimen negeri Johor, beliau tidak mampu berbuat apa-apa mengenai keputusan tersebut tetapi masih mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya.

“Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi saya masih ada satu hak untuk bersuara. Hak itu tidak boleh ditekan dan dirampas dari saya.
“Dengan rendah hati saya selaku anak jati Johor seorang anak Melayu berbudaya Melayu dan beragama Islam yang menghormati sejarah dan budaya Johor maka izinkan saya menzahirkan rasa tidak bersetuju saya dengan perintah yang dibuat,” katanya.

Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan perubahan cuti hujung minggu ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025.
Sumber: Facebook Hassan Karim
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd